Boustead kembali catat untung

BeritaHarian Tue, Nov 30, 2021 02:37pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd kembali merekodkan keuntungan bersih RM55.7 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2021 berbanding kerugian bersih RM51.8 juta pada suku sama tahun lalu.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata peningkatan dipacu oleh prestasi mantap, terutama daripada bahagian perladangan dan farmaseutikal.

Sementara itu, pendapatan bagi suku dikaji meningkat kepada RM3.68 bilion daripada RM1.89 bilion tahun lalu.

Bagi tempoh sembilan bulan, Boustead merekodkan keuntungan bersih RM91.5 juta berbanding kerugian bersih RM198.6 juta, manakala pendapatan bagi tempoh berkenaan melonjak kepada RM8.35 bilion berbanding RM6.56 bililion sebelumnya di tengah-tengah prestasi lebih kukuh di semua bahagian terutama perladangan, farmaseutikal dan perdagangan, kewangan serta pelaburan.

"Keuntungan juga diperkukuh oleh perolehan sekali saja daripada penjualan hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan pelaburan hartanah masing-masing bernilai RM84.6 juta dan RM13.1 juta," kata Boustead.

Menuju ke hadapan, kumpulan itu berkata ia akan kekal bertahan dalam usaha memperkukuh operasi dan kewangan, dipacu oleh strategi 'Reinventing Boustead'.

Ia berkata, di bawah strategi ini, Boustead menyasar untuk mempercepat penciptaan nilai dengan program peningkatan prestasi, meneroka sumber pendapatan baharu, merasionalisasi aset bukan strategik serta meneroka sektor teknologi dan perkhidmatan digital.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

2771 0.000
BURSA 7.460

Comments

Login to comment.