ATech miliki prospek kewangan cerah

BeritaHarian Thu, Dec 02, 2021 05:17pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Pendapatan dan untung bersih Aurelius Technologies Bhd (ATech) dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) masing-masing 5.8 peratus dan 33.7 peratus dari tahun kewangan (TK) 2021 hingga 2024.

TA Securities Holdings Bhd dalam notanya berkata, pendapatan dan untung bersih ATech dijangka berkembang masing-masing kepada RM429 juta dan RM37.6 juta berdasarkan unjuran pertumbuhan jualan bagi TK21, TK22 dan TK23 sebanyak 2.5 peratus, 7.5 peratus dan 7.5 peratus.

"Kami menjangkakan pertumbuhan akan dipacu oleh segmen utama syarikat termasuk produk komunikasi, Internet Kebendaan (IoT), peranti elektronik dan komponen semikonduktor disokong pemulihan ekonomi dan permintaan yang semakin meningkat di tengah-tengah transformasi digital global.

"Selain itu, kami juga meramalkan peningkatan keuntungan ATech di samping peningkatan sumbangan daripada Pelanggan F untuk pembuatan komponen semikonduktor (modul IoT).

"Kami percaya margin dalam segmen baharu ini akan lebih tinggi kerana prosesnya lebih tinggi dalam rantaian nilai," katanya.

TA Securities mengunjurkan margin bersih keseluruhan ATech melonjak sekitar dua kali ganda kepada 8.8 peratus menjelang TK24 daripada 4.3 peratus pada TK21.

Firma penyelidikan saham itu berkata, pesanan kontrak ATech berada pada RM482.7 juta setakat 1 November 2021.

Katanya, pesanan kontrak dijangka dilaksanakan bermula November 2021 hingga November 2023.

TA Securities menetapkan harga sasaran ATech kepada RM1.73.

Ia berkata, pada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.36 sesaham, ATech dinilai harga kepada hasil (PE) 31.0x berbanding hasil sesaham (EPS) TK21.

"Kami berpendapatan PE berbilang yang diberikan adalah wajar disebabkan prospek pertumbuhan pendapatan dua angka ATech disokong rancangan pengembangannya untuk memanfaatkan pertumbuhan daripada komunikasi dan IoT di tengah-tengah transformasi digital global dan prospek terpendam daripada sistem pek bateri lithium-ion yang akan datang.

"Sebagai rujukan, syarikat setara dengan ATech seperti VS Industry Bhd, SKP Resources Bhd dan PIE Industrial Bhd diniagakan pada jajaran 16 hingga 20 kali berbanding EPS 2022," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ATECH 2.700
PIE 5.860
SKPRES 1.010
VS 0.925

Comments

Login to comment.