Westports ganti Hap Seng dalam konstituen FBM KLCI

BeritaHarian Fri, Dec 03, 2021 12:05pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Westports Holdings Bhd akan menggantikan Hap Seng Consolidated Bhd sebagai konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Bursa Malaysia dan FTSE Russell, dalam satu kenyataan bersama berkata perubahan ini dibuat berikutan kajian semula separuh tahunan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia.

Kenyataan itu berkata, senarai rizab FBM KLCI, yang terdiri daripada lima bukan juzuk tertinggi indeks mengikut permodalan pasaran, ialah Inari Amertron, QL Resources, Malaysia Airports, Malaysian Pacific Industries dan ViTrox.

"Senarai rizab akan digunakan jika satu atau lebih juzuk dipadamkan daripada FBM KLCI berikutan peraturan asas indeks dalam tempoh sehingga kajian semula separuh tahunan berikutnya," katanya.

Menurut kenyataan itu, Allianz Malaysia, CTOS Digital, Dufu Technology Corp, Eco World Development Group, GHL Systems, Hong Seng Consolidated dan SAM Engineering & Equipment (M) pula ditambah ke dalam Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70.

"Sementara itu, Heineken Malaysia, IGB Real Estate Investment Trust, Malakoff, MMC Corp Bhd, Sime Darby Property, Westports dan YTL Power International akan dikeluarkan daripada indeks," katanya.

Selain itu, katanya, semua perubahan konstituen berkuat kuasa pada permulaan perniagaan pada 20 Disember ini dan kajian semula seterusnya akan dilakukan pada Jun 2022.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

2194 0.000
ALLIANZ 20.820
BURSA 7.470
CTOS 1.330
DUFU 2.060
ECOWLD 1.410
GHLSYS 0.685
HAPSENG 4.240
HEIM 22.400
HONGSENG 0.015
IGBREIT 1.830
INARI 3.050
MPI 31.100
QL 6.360
SAM 4.500
SIMEPROP 0.890
WPRTS 3.890
YTLPOWR 4.020

Comments

Login to comment.