BlackBixon2Go lancar motosikal EV penghantaran makanan

BeritaHarian Mon, Dec 13, 2021 05:00pm - 5 months View Original


BB2GO EV Coffee Bike.

KUALA LUMPUR: BlackBixon2Go Sdn Bhd, telah melancarkan motosikal kopi EV (kenderaan elektrik) BB2GO atau BB2GO EV Coffee Bike bagi kegunaan penjualan minuman kopi BlackBixon.

BlackBixon2Go adalah anak syarikat Ni Hsin Group Bhd yang adalah pengeluar produk besi keluli tahan karat tradisional.

Pengarah Urusan BlackBixon2Go, Khoo Chee Kong berkata, BB2GO EV Coffee Bike adalah sebuah bar yang beroperasi sendiri dan tidak memerlukan sambungan elektrik untuk menjana tenaga kepada mesin kopi.

Bateri dari Moto EV adalah secara teknikalnya dikonfigurasi bagi menghasilkan sehingga 400 cawan kopi dan boleh dicaj semula kemudiannya.

"Dengan BB2GO EV Coffee Bike anda boleh menjadi barista, seperti di sebuah kafe moden, menghidangkan kopi espresso atau cappuccino disediakan di depan mata pelanggan anda." katanya selepas pelancaran BB2GO di sini hari ini.

Di majlis itu juga BlackBixon2Go turut memeterai MoU dengan Acasia Communications Sdn Bhd ("Acasia") untuk mendigitalkan konsep perniagaan baharu menerusi sambungan dan perkhidmatan awan, menyokong app BB2GO.

Acasia, syarikat bersekutu Kumpulan Telekom Malaysia, yang adalah kolaborasi antara tujuh syarikat peneraju telekomunikasi yang menawarkan suite menyeluruh perkhidmatan sambungan dan prasarana digital di rantau ASEAN.

Mengulas lanjut Chee Kong berkata, motosikal elektrik ini dijana menerusi sistem bateri yang dikonfigurasi khas bagi menyalurkan tenaga kepada mesin pembuatan kopi dan merupakan perluasan konsep [email protected] Ni Hsin di bawah perniagaan makanan dan minumannya.

Motosikal elektrik ini dilengkapi dengan GPS bagi memudahkan menjejak tempahan dan lokasi BB2GO EV Coffee Bike oleh penggemar kopi menerusi aplikasi BB2GO.

Beliau menambah, revolusi EV menerusi BB2GO EV Coffee Bike menggabungkan kesukaan rakyat Malaysia terhadap kopi dan keinginan untuk mengekalkan persekitaran hijau dan sihat.

"Konsep perniagaan ini adalah tepat dan sesuai bagi industri makanan jalanan, dan sangat sesuai bagi katering, rumah terbuka dan majlis keraian.'' katanya.

Beliau menambah , BlackBixon2Go merancang untuk mengembangkan konsep BB2GO EV Coffee Bike ke seluruh ASEAN dan juga merancang untuk mengilang dan memasang motosikal elektrik secara berkolaborasi dengan pengeluar EV terkemuka dari China untuk pasaran komersial dan konsumer di Malaysia dan ASEAN.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

NIHSIN 0.090
TM 4.820

Comments

Login to comment.