Bursa Malaysia terus melonjak

BeritaHarian Tue, Dec 28, 2021 06:54pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia naik 0.39 peratus pada penutup dagangan hari ini sejajar dengan pasaran serantau dan prestasi semalaman Wall Street.

Sehingga 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.98 mata untuk ditutup kepada 1,539.89 daripada 1,533.91 pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 2.07 mata kepada 1,535.98 dan bergerak antara 1,535.86 dan 1,542.20 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 591 berbanding 304 manakala 431 kaunter tidak berubah, 984 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.16 bilion unit bernilai RM1.65 bilion daripada 2.21 bilion unit bernilai RM1.36 bilion pada Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata terdapat sentimen mengambil risiko, seperti yang dapat dilihat daripada prestasi meningkat indeks ekuiti utama.

"FBM KLCI dijangka mengakhiri minggu ini pada kedudukan yang lebih baik," katanya kepada Bernama.

Beliau turut menekankan bahawa dari segi teknikal, saham pandu pasaran telah melepasi paras halangan segera pada 1,533.82 mata dan kini mewujudkan paras halangan baharu pada sekitar 1,564.80 mata.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama ditutup tinggi disokong oleh belian asing serta belian dalam saham sarung tangan, perladangan dan permainan.

"Kami percaya minat belian akan kekal dalam saham mewah dan indeks (dijangka) berada dalam julat 1,530-1,550 untuk baki minggu ini. Dari segi teknikal, halangan segera tidak berubah pada 1,550 dan sokongan pada 1,510," katanya.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.78 peratus kepada 3,128.41, Nikkei 225 Jepun naik 1.37 peratus kepada 29,069.16, Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 0.24 peratus kepada 23,280.56 dan Kospi Korea Selatan naik 0.69 peratus kepada 3,020.24.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.30, Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB, masing-masing menambah tiga sen kepada RM4.18, RM8.88 dan RM5.42 manakala IHH naik 10 sen kepada RM6.76.

Daripada saham aktif, SMTrack naik setengah sen kepada 14.5 sen, XOX dan AT Systematization, masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan 3.5 sen manakala ATA IMS merosot empat sen kepada 61.5 sen.

Sementara itu, Careplus Group Bhd akan dipindahkan ke Papan Utama Bursa Malaysia daripada Pasaran ACE, berkuat kuasa 31 Disember 2021.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 61.81 mata kepada 11,163.72, Indeks FBMT 100 meningkat 55.09 mata kepada 10,864.30 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 70.64 mata kepada 12,012.30.

FBM 70 meningkat 127.83 mata kepada 14,204.01 manakala FBM ACE menambah 45.56 mata kepada 6,323.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 57.43 mata kepada 15,572.49, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.72 mata kepada 201.03 dan Indeks Perladangan menambah 30.27 mata kepada 6,577.45.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.26 bilion saham bernilai RM1.43 bilion daripada 1.23 bilion saham bernilai RM1.16 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 163.11 juta unit bernilai RM25.54 juta daripada 145.92 juta unit bernilai RM9.48 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 733.75 juta saham bernilai RM195.11 juta daripada 825.87 juta saham bernilai RM187.64 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 195.36 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (543.18 juta), pembinaan (39.35 juta), teknologi (167.63 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (37.35 juta), hartanah (57.40 juta), perladangan (8.60 juta), REIT (4.88 juta), dana tertutup (3,000), tenaga (93.42 juta), penjagaan kesihatan (51.58 juta), telekomunikasi dan media (22.44 juta), pengangkutan dan logistik (22.56 juta) dan utiliti (13.93 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AT 0.155
ATAIMS 0.280
BIMB 2.570
BURSA 7.460
CAREPLS 0.275
PBBANK 4.210
SMTRACK 0.050
XOX-WC 0.005

Comments

Login to comment.