Advancecon dapat kontrak Yayasan Sarawak

BeritaHarian Mon, Jan 03, 2022 09:12pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Syarikat bersekutu 30 peratus milik Advancecon Holdings Bhd (Advancecon), Advancecon Sarawak Sdn Bhd (ASSB), memperoleh kontrak RM32.38 juta daripada Yayasan Sarawak untuk menjalankan kerja-kerja tanah, pembersihan tapak dan perkhidmatan lain yang berkaitan di Kuching, Sarawak.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pakar kerja-kerja tanah dan kejuruteraan awam itu berkata tempoh kontrak keseluruhan adalah 12 bulan dari tarikh pemilikan tapak.

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan kumpulan untuk tempoh kontrak, dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam kumpulan itu," kata Advancecon.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Phum Ang Kia berkata kontrak baharu yang dimenangi itu akan memberi Advancecon satu permulaan yang hebat untuk tahun baharu dengan menambah perolehan nilai kontrak kepada lebih RM770 juta dan mengekalkan pendapatannya untuk tiga tahun akan datang.

"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan lebih banyak projek akan ditawarkan untuk ditender di Semenanjung Malaysia.

"Kami berazam untuk mengukuhkan kedudukan di Sarawak dan Sabah, selain meningkatkan campuran projek daripada tender yang dimenangi bagi membina perolehan nilai kontrak untuk prospek pertumbuhan," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ADVCON 0.285
BURSA 7.470

Comments

Login to comment.