Bursa Malaysia dibuka rendah

BeritaHarian Wed, Jan 19, 2022 10:52am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi dagangan awal hari ini berikutan ketidaktentuan yang berterusan dalam pasaran.

Pada 9.40 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.88 mata kepada 1,533.04 daripada 1,542.92 pada penutup Isnin selepas dibuka 1.22 mata lebih rendah pada 1,541.70.

Pasaran ditutup pada hari Selasa sempena cuti umum Thaipusam.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 453 berbanding 168, manakala 296 kaunter tidak berubah, 1,331 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 712.30 juta unit bernilai RM385.44 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, keadaan tidak menentu pasaran dijangka berterusan dalam tempoh terdekat sementara pelabur memantau perkembangan baharu pergerakan kadar faedah di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, kaunter teknologi mungkin menyaksikan satu lagi kemerosotan berikutan kejatuhan semalaman di Nasdaq dan untuk komoditi pula, harga minyak sawit mentah kembali melebihi RM5,000, manakala harga minyak mentah meningkat melepasi paras AS$87 setong.

"Pelabur mungkin melihat minat belian dalam kaunter perbankan berikutan kegiatan penjualan pada sesi sebelumnya terutama menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara pada Khamis. Selain itu, kaunter perladangan dan minyak dan gas mungkin mendapat tarikan kerana harga komoditi terus bergerak dalam aliran menaik," katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM9.01, TNB menambah satu sen kepada RM9.05 manakala Maybank turun tiga sen kepada RM8.38, Public Bank susut lima sen kepada RM4.17 dan IHH Healthcare kerugian satu sen kepada RM6.55.

Dalam kalangan saham aktif, Sarawak Consolidated meningkat tujuh sen kepada 27.5 sen, Dagang NeXchange naik 2.5 sen kepada 89 sen, MQ Technology bertambah setengah sen kepada 7.5 sen, SMTrack dan NWP Holdings susut satu sen setiap satu, masing-masing kepada 22.5 sen dan 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lebih lemah 83.48 mata kepada 11,018.82, Indeks FBM Emas Shariah susut 72.79 mata kepada 11,705.23, FBM 70 berkurangan 165.23 mata kepada 13,621.40, Indeks FBMT 100 jatuh 82.87 mata kepada 10,723.86 dan FBM ACE lemah 37.69 mata kepada 6,205.48.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.43 mata kepada 200.51, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 155.40 mata kepada 15,935.76, dan Indeks Perladangan susut 23.37 mata kepada 6,639.81.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AURO 0.155
BURSA 7.430
DNEX 0.390
IHH 6.120
MQTECH 0.015
PBBANK 4.180
SMTRACK 0.045

Comments

Login to comment.