Saham CIMB, Maybank heret turun Bursa Malaysia

BeritaHarian Thu, Jan 20, 2022 10:24am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam sesi urus niaga awal pagi ini, dengan indeks utama jatuh sedikit sebanyak 0.14 peratus, diheret turun oleh CIMB dan Maybank.

Pada jam 9.25 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.14 mata kepada 1,528.19 daripada 1,530.33 pada penutup Rabu selepas dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,529.44.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 218 berbanding 187, manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,545 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 521.96 juta unit bernilai RM232.60 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, ia menjangkakan sentimen pasaran tempatan akan kekal lemah dalam tempoh terdekat, terutama bagi saham teknologi berikutan sesi semalaman yang tidak menentu di Wall Street dengan pelabur terus bersiap sedia untuk menghadapi tekanan inflasi.

Firma broker itu menambah, sentimen pasaran itu mungkin kekal tidak menentu menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS minggu depan.

"Sebaliknya, harga komoditi kekal kukuh. Harga minyak mentah diniagakan melebihi paras AS$88 setong, manakala harga minyak sawit mentah lebih kukuh didorong oleh jangkaan pertumbuhan eksport selepas kerajaan Indonesia berhasrat untuk mengehadkan eksport minyak sawitnya," tambahnya.

Susulan kegiatan penjualan baru-baru ini, Malacca Securities berkata pelabur mungkin mencari peluang dalam saham perbankan menjelang mesyuarat dasar monetari hari ini manakala kaunter tenaga dan perladangan dijangka diniagakan secara positif di tengah-tengah harga komoditi yang lebih tinggi.

Bagi saham wajaran tinggi, CIMB turun lapan sen kepada RM5.25, Maybank dan RHB Bank masing-masing susut empat sen kepada RM8.28 dan RM5.72, manakala Axiata lega tiga sen kepada RM3.74 dan Top Glove turun dua sen kepada RM2. 22.

Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM9.03, IHH Healthcare, TNB dan Press Metal semuanya naik dua sen setiap satu kepada RM6.58, RM9.09 dan RM5.90 manakala Public Bank dan Hong Leong Bank tidak berubah pada RM4.18 dan RM19. 50.

Dalam kalangan saham aktif, Coraza Integrated yang membuat penampilan sulung di pasaran ACE melonjak 41.5 sen kepada 69.5 sen,

Dagang NeXchange menokok dua sen kepada 93 sen, Artroniq meningkat 3.5 sen kepada 61 sen, Impiana Hotels tidak berubah pada lima sen, dan Ageson susut satu sen kepada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 9.73 mata kepada 11,678.82, FBM 70 menokok 10.08 mata kepada 13,498.87, Indeks FBM Emas lebih lemah 8.52 mata kepada 10,966.10, Indeks FBMT 100 turun 9.83 mata kepada 10,675.85 dan FBM ACE mengembang 26.90 mata kepada 6,118.46.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.59 mata kepada 199.64, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 67.72 mata kepada 15,776.89, dan Indeks Perladangan susut 6.34 mata kepada 6,664.58.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AGES 0.065
ARTRONIQ 0.240
BURSA 7.460
DNEX 0.395
HLBANK 19.460
IHH 6.250
MAGMA 0.195
PBBANK 4.230
RHBBANK 5.510

Comments

Login to comment.