Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

BeritaHarian Fri, Jan 21, 2022 10:20am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini, dengan indeks utama meningkat sedikit sebanyak 0.05 peratus di tengah-tengah sentimen lemah di keseluruhan pasaran.

Pada 9.25 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.83 mata kepada 1,528.58 daripada 1,527.75 pada penutup Khamis selepas dibuka 1.06 mata lebih tinggi pada 1,528.81.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 295 berbanding 159, manakala 269 kaunter tidak berubah, 1,512 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 426.06 juta unit bernilai RM196.79 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya percaya pelabur mungkin masih gelisah terutama dalam persekitaran kenaikan kadar faedah yang dijangkakan selain bimbang dengan kes COVID-19 yang masih meningkat.

"Justeru, sentimen negatif mungkin melimpah ke saham di pasaran tempatan dan aktiviti pengambilan untung di kaunter teknologi dijangka muncul," kata firma broker itu.

Di pasaran komoditi, harga minyak sawit mentah terus meningkat melepasi paras tertinggi sepanjang masa, manakala harga minyak mentah berlegar di atas paras AS$88 setong.

"Kami kekal positif terhadap saham tenaga dan perladangan berikutan harga komoditi yang mampan. Sementara itu, kami berpendapat kaunter teknologi mungkin berubah lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dan menjangkakan segmen bahan binaan mendapat daya tarikan apabila harga logam semakin meningkat," kata Malacca Securities.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals melonjak 13 sen kepada RM9.08, CIMB naik dua sen kepada RM5.27, TNB menambah satu sen kepada RM9.08, Press Metal meningkat tujuh sen kepada RM6.19, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM4.17 dan RM6.55, manakala Maybank susut satu sen kepada RM8.27 dan Hong Leong Bank lemah 18 sen kepada RM19.16.

Bagi saham aktif, Dagang NeXchange naik dua sen kepada 98.5 sen, G3, Ageson dan Talam Transform tidak berubah, masing-masing pada lapan sen, 2.5 sen dan dua sen, manakala Aurelius susut lima sen kepada RM2.02.

Di papan indeks, FBM ACE naik 2.27 mata kepada 6,163.40, Indeks FBM Emas Syariah turun 12.23 mata kepada 11,690.12, FBM 70 menguncup 77.91 mata kepada 13,487.39, Indeks FBM Emas lebih lemah 11.84 mata kepada 10,968.77 dan Indeks FBMT 100 turun 9.29 kepada 10,675.93.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.03 mata kepada 202.27, Indeks Perladangan mengembang 1.84 mata kepada 6,680.83 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 21.82 mata kepada 15,757.01.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AGES 0.065
BURSA 7.460
DNEX 0.400
HLBANK 19.500
IHH 6.200
PBBANK 4.250
TALAMT 0.015

Comments

Login to comment.