Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah

BeritaHarian Fri, Jan 21, 2022 07:14pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah hari ini dengan indeks utama susut sebanyak 0.05 peratus di tengah-tengah sentimen pelabur yang berhati-hati.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.69 mata kepada 1,527.06 daripada paras penutup 1,527.75 pada Khamis selepas dibuka tinggi naik 1.06 mata kepada 1,528.81.

Indeks utama turun naik antara paras 1,520.80 dan 1,531.25 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 575 berbanding 334, manakala 442 kaunter tidak berubah, 884 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.64 bilion unit bernilai RM1.98 bilion berbanding 3.39 billon unit bernilai RM2.25 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI terus diniagakan rendah berikutan jualan berleluasa yang menyebabkan penurunan harga di peringkat serantau.

"Di peringkat serantau, indeks utama ditutup kebanyakannya rendah susulan penurunan di Wall Street yang terjejas akibat daripada kebimbangan terhadap langkah mengetatkan monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) serta data pendapatan dan ekonomi AS yang lebih rendah daripada jangkaan," katanya kepada Bernama.

Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.05 peratus kepada 24,965.55, Indeks Straits Times Singapura turun 0.19 peratus kepada 3,288.87 dan Indeks Nikkei 225 Jepun jatuh 0.90 peratus kepada 27,522.26.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Public Bank naik satu sen kepada RM4.18, IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM6.57, CIMB menokok lima sen kepada RM5.30, TNB menambah tiga sen kepada RM9.10, Maybank tidak berubah pada RM8.28, Petronas Chemicals berkurangan enam sen kepada RM8.89 dan Hong Leong Bank turun 14 sen kepada RM19.20.

Dalam kalangan kaunter cergas, Dagang NeXchange naik dua sen kepada 98.5 sen, Matang mengukuh satu sen kepada 10 sen, G3 dan Ageson tidak berubah masing-masing pada lapan sen dan 2.5 sen, manakala SMTrack menguncup tiga sen kepada 19 sen dan Sapura Energy turun setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 21.36 mata kepada 10,959.25, Indeks FBM Emas Shariah susut 41.15 mata kepada 11,661.20, FBM ACE berkurangan 36.61 mata kepada 6,124.52, FBM 70 turun 90.47 mata kepada 13,474.83 dan Indeks FBMT 100 jatuh 19.77 mata kepada 10,665.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.22 mata kepada 15,776.61, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.41 mata kepada 200.83 dan Indeks Perladangan berkembang 20.29 mata kepada 6,699.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.68 bilion saham bernilai RM1.74 bilion daripada 2.11 bilion saham bernilai RM1.88 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 327.74 juta unit bernilai RM33.17 juta daripada 378.96 juta unit bernilai RM43.54 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 623.69 juta saham bernilai RM206.01 juta berbanding 897.06 juta saham bernilai RM324.49 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 302.60 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (405.04 juta), pembinaan (99.12 juta), teknologi (406.15 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.51 juta), hartanah (119.22 juta), perladangan (9.80 juta), REITs (7.12 juta), dana tertutup (11,000), tenaga (172.13 juta), penjagaan kesihatan (44.67 juta), telekomunikasi dan media (25.58 juta), pengangkutan dan logistik (27.80 juta) dan utiliti (16.86 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AGES 0.070
BURSA 7.450
DNEX 0.350
HLBANK 19.380
IHH 6.050
MATANG 0.085
PBBANK 4.220
SAPNRG 0.050
SMTRACK 0.045

Comments

Login to comment.