Hup Seng catat untung lebih rendah

BeritaHarian Wed, Feb 16, 2022 09:04pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Hup Seng Industries Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 jatuh kepada RM27.24 juta daripada RM40.38 juta setahun lalu.

Pendapatan merosot kepada RM295.83 juta berbanding RM327.32 juta sebelumnya, apabila jualan domestik susut tujuh peratus atau RM17.2 juta dan pasaran eksport jatuh 17 peratus atau RM14.3 juta berbanding tempoh sama sebelumnya, kata pengeluar biskut dan minuman itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata, walaupun permintaan bagi produknya masih kukuh, prestasi terkesan disebabkan kekangan 60 peratus pekerja sejak Mei 2021 dan penggantungan sementara operasi selama dua minggu bagi kerja-kerja disinfeksi pada September 2021.

Ia menambah bahawa syarikat akan terus melaksanakan amalan berhemat dan mencari strategi perniagaan baharu dalam 'norma baharu' menuju ke hadapan sambil mengekal dan meningkatkan kualiti produk, menginovasi portfolio produk, mengurangkan kos serta memperluaskan rangkaian pengedar bagi melindungi pendapatan dan memenuhi keperluan pelanggan.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
HUPSENG 0.815

Comments

Login to comment.