Ketegangan Ukraine: Bursa Malaysia dibuka rendah

BeritaHarian Mon, Feb 21, 2022 10:08am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street berikutan ketegangan berterusan di Ukraine yang telah mempengaruhi hala tuju pasaran dengan semua indeks utama mencatatkan kemerosotan, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.81 mata kepada 1,601.24 daripada 1,603.05 pada penutup Jumaat, selepas dibuka 1.39 mata lebih rendah kepada 1,601.66.

Bagaimanapun, pergerakan pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 190 berbanding 171, manakala 282 kaunter tidak berubah, 1,595 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 261.52 juta unit bernilai RM105.07 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Purata Perindustrian Dow Jones (Purata DJI) kerugian 233 mata untuk melepasi 34,000 manakala Nasdaq susut sebanyak 169 mata apabila dana beralih daripada ekuiti kepada bon.

"Justeru, hasil 10 tahun Amerika Syarikat berakhir lebih rendah pada sekitar 1.93 peratus," katanya kepada Bernama.

Di pasaran domestik, beliau berkata keuntungan FBM KLCI merosot sedikit di tengah-tengah beberapa pembetulan untuk kekal melepasi paras 1,600.

"Kami percaya sentimen di bursa tempatan masih positif disokong oleh kemasukan dana asing.

"Walaupun ketidaktentuan pasaran kian meningkat, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,595 - 1,605 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.70, Public Bank dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM4.39 dan RM5.60, Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM9.22 dan IHH Healthcare susut empat sen kepada RM6.51.

Bagi saham aktif, Ta Win Holdings dan KNM Group menambah setengah sen dan satu sen, masing-masing kepada 19 sen sementara Xidelang Holdings turun setengah sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE susut 6.40 mata kepada 6,288.36, FBM 70 berkurangan 6.13 mata kepada 13,738.61, Indeks FBM Emas susut 5.84 mata kepada 11,445.67, Indeks FBMT 100 lebih rendah 10.91 mata kepada 11,114.24 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 14.25 mata kepada 12,196.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 1.45 mata kepada 16,402.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.78 satu mata kepada 210.85, manakala Indeks Perladangan mengembang 68.53 mata kepada 8,188.76.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
IHH 6.200
KNM 0.065
PBBANK 4.250
TAWIN 0.035
XDL 0.025

Comments

Login to comment.