KHIND catat untung bersih hampir RM25 juta

BeritaHarian Wed, Feb 23, 2022 11:24am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Khind Holdings Bhd (KHIND) meraih keuntungan bersih RM24.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, susut RM3.48 juta berbanding 2020 disebabkan oleh keuntungan sekali saja daripada pelupusan tanah yang direkodkan dalam tahun sebelumnya.

Pendapatannya dalam tempoh dikaji bagaimanapun meningkat RM100.25 juta atau 20.9 peratus kepada RM579.25 juta berbanding RM479 juta yang diraih dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi lebih baik KHIND walaupun berdepan cabaran COVID-19 itu menyaksikan kumpulan meraih untung kasar RM185.98 juta dalam tempoh dikaji berbanding RM154.76 juta sebelumnya.

"Jika tidak termasuk keuntungan sekali saja bagi pelupusan tanah, KHIND mencatat peningkatan ketara untung bersih iaitu kira-kira RM10.91 juta," demikian menurut syarikat dalam satu kenyataan.

Bagi tempoh suku keempat berakhir 31 Disember, KHIND meraih pendapatan RM143.21 juta, 3.6 peratus lebih tinggi, namun untung bersih kumpulan merosot sedikit kepada kira-kira RM110,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND, Adil Jimmy Mistry, berkata kumpulan melihat pertumbuhan dalam semua segmen perniagaan terutama perdagangan & perkhidmatan dipacu permintaan kukuh peralatan elektrik kediaman.

"Tiga jenama di bawah KHIND iaitu KHIND, Mistral serta Mayer, diterima baik dan dengan strategi yang betul pihak pengurusan, KHIND dapat meraih prestasi yang baik dalam industri semasa wabak dan berada dalam aliran meningkat sejak 2020.

"Walaupun terdapat gangguan rantaian bekalan serta lonjakan kos pengangkutan antarabangsa yang menyumbang kepada peningkatan kos bahan yang diimport, KHIND berjaya mengurangkan kesannya dan akan terus berusaha mengoptimumkan kos serta meningkatkan kecekapan operasi.

"Kami yakin sentimen pasaran akan bertambah baik dan dengan sekatan pergerakan akan dilonggarkan, ia membolehkan kami mengembangkan perniagaan serantau serta melangkah lebih jauh ke fasa pertumbuhan seterusnya," katanya.

Adil Jimmy berkata, kumpulan juga akan terus melabur dan beberapa bahagian, memperhebatkan sumber pembangunan insan, proses metodologi, data dan analitik.

"Strategi penjenamaan KHIND, Mistral dan Mayer yang dipertingkatkan akan diformal serta dilaksanakan dalam tahun ini," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

KHIND 2.800

Comments

Login to comment.