Bursa Malaysia dibuka tinggi

BeritaHarian Tue, May 10, 2022 10:33am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kembali meningkat pada Selasa selepas penyusutan semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berhaga rendah, kata peniaga.

Pada 9.20 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.54 mata kepada 1,554.72 daripada 1,549.18 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks itu dibuka menokok 2.37 mata kepada 1,551.55.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 470 berbanding 120 manakala 241 lain tidak berubah, 1,412 tidak diniagakan dan 14 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 444.24 juta saham bernilai RM212.97 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata biarpun pasaran menjangkakan beberapa aktiviti memburu saham-saham berharga rendah, sentimen keseluruhan kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang meningkat di pasaran serantau.

"FBM KLCI ditutup rendah di bawah paras 1,550 semalam berikutan jualan berterusan oleh dana asing. Oleh itu kami menjangkakan indeks itu dalam jajaran 1,540-1,555 hari ini," katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Gas naik 28 sen kepada RM17.16, Public Bank menambah lapan sen kepada RM4.64, PPB Group meraih 30 sen kepada RM16.68 dan Hartalega meningkat 11 sen kepada RM4.39.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik berkurangan 2.5 sen kepada 8.5 sen, Ta Win tidak berubah pada 13 sen, Pertama Digital naik setengah sen kepada 94 sen manakala Hibiscus Petroleum susut lima sen kepada RM1.32.

Di papan indeks, FBM ACE susut 33.59 mata kepada 5,349.42, FBM 70 berkurangan 40.47 mata kepada 13,184.08, Indeks FBM Emas Shariah turun 12.25 mata kepada 11,515.72 manakala Indeks FBMT 100 naik 21.93 mata kepada 10,766.23 dan Indeks FBM Emas menambah 3.83 mata kepada 11,087.44.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 52.67 mata kepada 16,660.71, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.76 mata pada 198.43 dan Indeks Perladangan berkurangan 48.79 mata kepada 8,202.64.

– Bernama

© New Straits Times Press (M) Bhd

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
FBMKLCI 1547.570
HIBISCS 2.760
PBBANK 4.150
PERTAMA 2.560
PETGAS 18.100
PPB 15.740

Comments

Login to comment.