Awang Adek letak jawatan dalam PRG Holdings

BeritaHarian Wed, May 11, 2022 10:00pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif PRG Holdings Bhd (PRG Holdings), Datuk Dr Awang Adek Hussin akan meletak jawatan daripada lembaga pengarah kumpulan itu, berkuat kuasa 30 Mei ini.

Peletakan jawatan itu untuk beliau memegang jawatan baharu sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PRG berkata, peletakan jawatan Awang Adek adalah disebabkan pelantikannya sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang akan berkuat kuasa 1 Jun depan.

"Oleh itu, beliau telah memutuskan untuk berundur daripada peranan dan tanggungjawabnya dengan PRG," kata syarikat itu.

Pada 28 April, SC telah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Syed Zaid Albar sebagai pengerusi eksekutifnya, yang akan berkuat kuasa pada 31 Mei ini. - BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
PRG 0.140

Comments

Login to comment.