IPO Cnergenz terlebih langganan 40.32 kali

BeritaHarian Sat, May 14, 2022 11:30am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Cnergenz Bhd (Cnergenz) mengumumkan saham tawaran awam permulaannya (IPO) telah terlebih langgan sebanyak 40.32 kali.

Ketua Pegawai Eksekutif Cnergenz, Lye Yhin Choy berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur kerana memberikan kepercayaan mereka kepada mereka.

"Kami amat gembira dengan penerimaan IPO kami kerana ia menunjukkan keyakinan pelabur yang mendalam terhadap perniagaan kami, keupayaan penyelesaian kami, dan keyakinan keseluruhan dan pandangan positif industri elektronik dan semikonduktor." katanya di sini hari ini.

Syarikat dijangka disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada 24 Mei 2022.

IPO Cnergenz terdiri daripada terbitan awam sebanyak 100 juta saham biasa baharu yang disediakan dengan25 juta saham tersedia untuk permohonan oleh orang awam Malaysia; 10 juta saham dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan Cnergenz.

Manakala 52.75 juta saham disediakan kepada pelabur institusi dan atau terpilih yang dikenal pasti, 12.25 juta saham diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera dikenal pasti yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia (MITI) dan tawaran untuk 50 juta saham diberikan kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI.CNERGENZ menerima 16,186 permohonan untuk 1,033,093,200 saham diterima daripada orang awam, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 40.32 kali.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd (UOB Kay Hian), David Lim berkata, sambutan terhadap IPO Cnergenz adalah cerminan selera pelabur terhadap perniagaan yang mempunyai prospek yang kukuh pada asasnya dan rancangan pertumbuhan yang kukuh.

"Syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan dan pelaburan berterusan dalam industri elektronik dan semikonduktor di Malaysia, Vietnam dan Thailand," katanya.

UOB Kay Hian, sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan sempena IPO, telah mengesahkan bahawa 52,750,000 Saham Terbitan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan atau terpilih yang dikenal pasti telah diterbitkan sepenuhnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CNERGEN 0.575

Comments

Login to comment.