Sedania sedia percepat perbankan digital

HarianMetro Fri, May 13, 2022 08:38am - 1 year View Original


Kuala Lumpur: Sedania Innovator Bhd (Sedania) bersedia untuk mempercepat penggunaan perbankan digital dengan menawarkan penyelesaian sepenuh kepada penerima lesen perbankan digital Malaysia yang diumumkan, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SASC Khairul Nisa Ismail berkata, ia akan dilaksanakan menerusi anak syarikat teknologi kewangan (fintech), Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) dan rakan usaha sama teknologi.

Katanya, antara syarikat terpilih di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ialah konsortium membabitkan AEON Credit Service (M) Bhd yang pada masa ini menggunakan Penyelesaian Dagangan Tawarruq Bersepadu SASC untuk Institusi Kewangan Islam.

"Satu lagi pelanggan Sedania adalah sebahagian daripada konsortium yang turut meraih satu daripada tiga lesen konvensional di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

"Menerusi usaha sama dengan SASC, pelanggan ini menawarkan produk pembiayaan patuh Syariah kepada pengguna platformnya. Kami gembira apabila pelanggan sedia ada memperoleh lesen perbankan digital yang dinanti-nantikan, sama ada konvensional mahupun Islamik," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AEONCR 6.120
SEDANIA 0.195

Comments

Login to comment.