Tawaran saham Cnergenz terlebih langgan

BeritaHarian Mon, May 16, 2022 11:28am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Peruntukan saham Cnergenz Bhd kepada orang ramai daripada tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu terlebih langgan sebanyak 40.32 kali.

IPO Cnergenz terdiri daripada terbitan awam 100 juta saham biasa baharu yang disediakan untuk permohonan.

Ia merangkumi 25 juta saham terbitan tersedia untuk permohonan oleh orang awam, 10 juta saham terbitan dikhususkan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Sebanyak 52.75 juta saham terbitan ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi atau terpilih yang dikenal pasti manakala 12.25 juta saham terbitan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera dikenal pasti yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Selain itu, sebanyak 50 juta saham tawaran lagi adalah melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI.

Sebanyak 16,186 permohonan untuk 1,033,093,200 saham terbitan diterima daripada orang awam, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 40.32 kali.

Sementara itu, sebanyak 9,089 permohonan untuk 376,239,100 saham terbitan telah diterima di bawah kategori Bumiputera, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 29.10 kali, manakala sejumlah 7,097 permohonan untuk 656,854,100 saham terbitan diterima di bawah kadar langganan 51 awam Malaysia yang lain, mewakili lima kali lebihan daripada kategori awam Malaysia.

Sejumlah 10 juta saham terbitan yang tersedia untuk permohonan oleh orang yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Cnergenz, Lye Yhin Choy, berkata syarikat amat gembira dengan penerimaan IPO kerana ia menunjukkan keyakinan pelabur yang mendalam terhadap syarikat itu, keupayaan penyelesaian dan keyakinan keseluruhan terhadap industri elektronik dan semikonduktor.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur kerana memberikan kepercayaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

UOB Kay Hian, sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan sempena IPO, telah mengesahkan bahawa 52,75 juta saham terbitan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti, telah diterbitkan sepenuhnya.

Syarikat dijangka disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada 24 Mei ini.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CNERGEN 0.565

Comments

Login to comment.