CTOS Car Insurance platform perbaharui insurans kereta

BeritaHarian Tue, May 17, 2022 09:38pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: CTOS Digital Bhd memperluaskan perkhidmatan penggunanya dengan melancarkan CTOS Car Insurance, platform dalam talian untuk perbaharui insurans kereta dan cukai jalan, melalui kerjasamanya dengan PolicyStreet.com.

CTOS Digital dalam satu kenyataan berkata, CTOS Car Insurance akan menyediakan cara yang paling mudah kepada pelanggan untuk mendapatkan tawaran terbaik dalam pasaran insurans kereta dengan membandingkan harga daripada lebih 10 penyedia insurans dalam hanya beberapa minit.

"Dengan membandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans, pengguna dapat memperoleh penjimatan sehingga RM1,000 daripada tawaran semasa mereka," katanya.

"Pengguna yang berjaya memperbaharui atau membeli insurans mereka melalui platform baharu ini juga boleh mendapatkan Laporan MyCTOS Score secara percuma bagi mengekalkan kekuatan kredit mereka...termasuk diskaun selanjutnya ke atas sebut harga insurans kereta berdasarkan nilai premium yang dipilih," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital, Eric Hamburger, berkata salah satu objektif utama perniagaan syarikat adalah untuk memacu transformasi digital negara.

"Kami berharap dapat menawarkan lebih banyak nilai dengan mempertimbangkan skor kredit untuk memberikan harga yang lebih baik kepada pengguna, sejajar dengan proses penghapusan struktur tarif insurans motor yang dimulakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2016," katanya.

Untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan anda, boleh layari https://carinsurance.ctosids.com bagi sebarang maklumat.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CTOS 1.340

Comments

Login to comment.