Cas kenderaan EV guna aplikasi Setel

HarianMetro Fri, May 27, 2022 07:01am - 10 months View Original


PENGARAH dan Pengasas EV Connection, Lee Yuen How (kiri) bersama Mazlin Erawati.

SETEL memperkenalkan fungsi terbaharunya yang membolehkan pengguna mengecas kenderaan elektrik (EV) mereka melalui aplikasi Setel.

Pengguna EV dapat menemukan stesen pengecasan pilihan mereka berserta jenis pengecas, dan pengecas dapat diaktifkan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi Setel.

Pembayaran dibuat melalui Setel Wallet, di mana pengguna akan menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, tawaran kemudahan pengecas EV dalam ekosistem Setel membolehkan pihaknya menjurus fokus ke atas aspek kelestarian.

"Kemudahan ini diwujudkan selepas mendengar keperluan pelanggan kami dan ia juga merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kami untuk terus menginovasi demi mobiliti inklusif, bagi mendukung usaha global untuk menyahkarbon pengangkutan jalan raya.

"Didorong oleh penerima gunaan EV yang kian berkembang di Malaysia, kami berhasrat untuk meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan awam di samping memudahkan proses pengecasan bagi pengguna EV, setanding pengalaman mengisi petrol yang ditawarkan oleh Setel kepada pengguna kenderaan," katanya dalam kenyataan.

Setel telah bekerjasama dengan JomCharge sebagai pihak penyedia yang pertama dan akan menjalin kerjasama dengan pihak lain termasuk Energise oleh Petronas.

Dalam fasa pertamanya, pengguna EV boleh menggunakan aplikasi Setel untuk mengecas kenderaan elektrik mereka di lima lokasi rintis iaitu Lotus's Kepong; EV Connection Workshop di Petaling Jaya; Carsome PJ Automall; Rasa

Sayang Resort milik Shangri-La di Pulau Pinang; serta ibu pejabat ACO Group di Johor Bahru.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ACO 0.210

Comments

Login to comment.