Bidnow lantik Mohamed Azahari sebagai Penasihat Korporat

HarianMetro Wed, Jun 01, 2022 11:37am - 1 year View Original


Kuala Lumpur: BidNow, antara platform teknologi lelongan terbesar di Malaysia, telah melantik Datuk Seri Dr Mohamed Azahari Kamil sebagai Penasihat Korporatnya yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan beliau dijangka memacu pertumbuhan syarikat dan mengembangkan lagi potensi besarnya untuk jualan lelongan yang mantap.

Dalam peranan baharunya, Mohamed Azahari akan menyumbangkan banyak pengalamannya dalam dunia korporat untuk memudahkan pengembangan selanjutnya BidNow di peringkat domestik dan antarabangsa, serta memimpin syarikat itu ke peringkat pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO).

Mohamed Azahari, yang sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Asian Finance Bank Bhd dan pengarah urusan kumpulan QSR Brands (M) Holdings Bhd (yang mengendalikan lebih 1,250 restoran KFC dan Pizza Hut), mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam beberapa industri seperti sebagai perkhidmatan kewangan, hartanah, F&B dan pendidikan.

Beberapa organisasi swasta dan awam lain yang beliau pernah memegang jawatan pengurusan kanan sebelum ini termasuk KPJ Healthcare Bhd, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Kumpulan Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Amanah Raya.

Beliau juga kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif di Aurelius Healthcare Sdn Bhd dan SEG International Bhd, serta Penasihat Korporat kepada Titijaya Land Bhd, Ni Hsin Group Bhd dan HCK Capital Group Bhd.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BidNow, Frankie Goh.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BidNow, Frankie Goh.

Mengulas mengenai pelantikan baharu itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BidNow, Frankie Goh berkata, pihaknya sangat teruja kerana Mohamed Azahari, seorang pemimpin yang terbukti dalam dunia perniagaan, menyertai Syarikat sebagai penasihat korporat baharu.

"Reputasinya bersama dengan kepakaran pengetahuan yang mendalam dan relevan dengan apa yang kami lakukan dalam ruang lelongan dan teknologi, memastikan BidNow akan dapat mengembangkan platformnya secara agresif di peringkat serantau dan akhirnya menjadi platform pembidaan e-dagang sehenti terkemuka untuk jualan produk dan perkhidmatan.

"Pada masa ini BidNow bukan sahaja salah satu platform dagangan lelongan hartanah terbesar di Malaysia, tetapi juga merupakan pasaran e-dagang untuk barangan lain seperti perabot dan peralatan rumah, kenderaan bermotor, barangan mewah, alat elektronik, dan tidak lama lagi – 'non-fungible token' (NFT)," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Mohamed Azahari membawa rekod prestasi yang mantap dalam mengenal pasti strategi pertumbuhan utama dan berjaya meletakkan syarikat untuk berupaya melonjak ke peringkat syarikat permulaan berpertumbuhan tinggi, dan peneraju pasaran bernilai berbilion dolar.

"Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengannya justeru membolehkan kami menterjemah kepintaran perniagaan peringkat tinggi kepada kepimpinan pasaran di rantau Asia Tenggara yang menjadi langkah kami seterusnya," katanya.

Mohamed Azahari sebelum ini menunjukkan prestasi cemerlang termasuk menambah aset yang dibiayai daripada berjuta-juta kepada berbilion ringgit, menyenaraikan Amanah Pelaburan Hartanah Kerajaan (Amanah Raya REIT) pertama dan beberapa syarikat sendirian berhad lain di Bursa Saham Kuala Lumpur, serta menyediakan perkhidmatan pengurusan aset kepada ratusan syarikat berkaitan kerajaan dan individu yang memiliki kekayaan besar, dengan pulangan pelaburan melebihi penanda aras pasaran.

Sementara itu, Mohamed Azahari berkata, BidNow berada pada titik yang menarik dalam evolusinya.

"Terdapat lebih 200,000 ahli aktif dan 10,000 ejen pemasaran berdaftar di platform itu, dan mereka kini berkembang ke Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Filipina selain sudah berada di Malaysia dan Singapura.

"Prospek perniagaan mereka kelihatan sangat menjanjikan, dan saya gembira menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka untuk ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

BidNow atau Bidnow.my ialah platform pembidaan e-dagang sehenti yang memudahkan sesiapa sahaja untuk menjual sebarang produk atau perkhidmatan kepada individu yang berkongsi hobi dan minat yang sama.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bidnow.my/.

end

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

HCK 2.130
KPJ 1.890
NIHSIN 0.105
SEG 0.650
TITIJYA 0.255

Comments

Login to comment.