ECERDC lantik JDVSB urus ladang tenusu 275 hektar

HarianMetro Wed, May 03, 2023 06:10am - 1 year View Original


MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melantik Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd (JDVSB), syarikat usaha sama antara Kulim Berhad (Malaysia) dan A2 Fresh Holdings Sdn Bhd (A2FHSB) bagi membangunkan, mengendali dan menguruskan ladang tenusu seluas 275 hektar di Jemaluang, Mersing.

Kulim akan menjadi pemegang saham terbesar dalam JDVSB dengan 65 peratus kepentingan, manakala baki 35 peratus akan dipegang oleh A2FHSB.

Pengarah Kulim, Mohd Faris Adli Shukery berkata, pihaknya teruja kerana dilantik oleh ECERDC bagi mencapai visi mereka dalam membina projek tenusu berkualiti tinggi di Jemaluang.

"Dengan gabungan kepakaran dan sumber kami, kami yakin JDVSB akan berjaya dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat setempat serta sektor pertanian," katanya.

JDVSB akan memanfaatkan keupayaan Kulim dan A2FHSB untuk membangunkan projek tenusu bertaraf dunia yang memenuhi standard kualiti, keselamatan dan kelestarian tertinggi.

Kulim adalah cabang perniagaan agribisnes Johor Corporation (JCorp), manakala A2FHSB pula adalah anak syarikat Rhone Ma Holdings Bhd, penyedia penyelesaian kesihatan haiwan menyeluruh.

Menurut Pengarah A2FHSB, Lim Ban Keong berkata, pihaknya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Kulim untuk mewujudkan projek tenusu yang akan menghasilkan kualiti tinggi dan berkhasiat kepada rakyat Malaysia.

"Kami berharap dapat membangunkan perniagaan yang mampan, inovatif dan mengutamakan pelanggan yang memberikan nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan," katanya dalam kenyataan.

JDVSB juga menyasarkan bagi menghasilkan 5.4 juta liter susu segar setiap tahun yang membawa kepada peningkatan 10 peratus dalam pengeluaran susu segar negara dalam tempoh tiga tahun.

Ia berkata, kemajuan ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan kepada susu segar yang diimport dari negara luar.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

RHONEMA 0.675

Comments

Login to comment.