Kenaikan OPR bukan punca peningkatan individu muflis

HarianMetro Fri, May 12, 2023 03:03pm - 11 months View Original


Kuala Lumpur: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak menyebabkan peningkatan individu muflis.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata tiada data yang menyokong dakwaan yang menyatakan kenaikan OPR menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia akan muflis.

Beliau berkata, pada hakikatnya, secara agregat, isi rumah terus memegang aset kewangan melebihi hutang yang membolehkan mereka menguruskan kos pinjaman yang lebih tinggi.

"Saya ingin menegaskan bahawa tidak benar kenaikan OPR menyebabkan peningkatan muflis," katanya pada sidang media prestasi ekonomi suku pertama 2023 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, tidak dapat dinafikan, kenaikan OPR ini menyebabkan terdapat segmen dan sektor yang memerlukan bantuan kerana situasi semasa mereka tetapi bantuan masih tersedia untuk mereka yang memerlukan.

"Bagaimanapun adalah tepat pada masanya, perlu dan wajar bahawa dasar monetari ditentukur semula untuk memastikan Malaysia terus berada di landasan pertumbuhan yang mampan," katanya.

Sebelum ini terdapat dakwaan dan jangkaan yang menyatakan OPR akan memberi kesan besar kepada rakyat termasuk jika mengakibatkan peningkatan tinggi individu muflis.

BNM juga disaran dapat melihat kepada pelbagai pilihan lain untuk mengawal dasar monetari negara, selain menaikkan OPR.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Mr Ong Ti Chiang
Like · Reply
Potong gaji gabenor supaya tak beban raayat.Saya tahu ini statement bodoh

Login to comment.