Bursa Malaysia ditutup rendah

BeritaHarian Fri, Jun 23, 2023 08:11pm - 10 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Jumaat, susulan sentimen lemah dan aktiviti jualan ketara di peringkat global berikutan kebimbangan mengenai prospek ekonomi dunia, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.78 mata atau 0.27 peratus kepada 1,390.89 daripada 1,394.67 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.03 mata kepada 1,395.70 pagi ini dan bergerak dalam jajaran 1,389.70 hingga 1,397.54 sepanjang sesi tersebut.

Sentimen pasaran secara meluas juga negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 518 berbanding 353 manakala 401 tidak berubah, sebanyak 1,046 tidak diniagakan manakala 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 4.90 bilion unit bernilai RM1.63 bilion daripada 2.16 bilion unit bernilai RM1.59 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti Malaysia kebanyakannya ditutup rendah, seiring dengan prestasi negatif pasaran serantau yang menjejaki petunjuk semalaman global.

"Tindakan mengejut Bank of England menaikkan kadar faedah serta keterangan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell di Kongres yang lebih cenderung menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya dua kali lagi pada tahun ini, turut menjejaskan sentimen pasaran.

"Pelabur kian bimbang mengenai risiko berlakunya kemelesetan dan prospek ekonomi global. Selain itu, inflasi pengguna Jepun yang mengatasi jangkaan juga hanya memburukkan lagi ketidaktentuan pasaran," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, pasaran Nikkei 225 Jepun merosot 1.45 peratus kepada 32,781.54; Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.71 peratus kepada 18,889.97; Indeks Straits Times Singapura susut 0.97 peratus kepada 3,191.17 manakala Indeks Kospi Korea Selatan menguncup 0.91 peratus kepada 2,570.10.

Selain itu di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi Maybank rugi satu sen kepada RM8.74; Public Bank turun empat sen kepada RM3.88; CIMB susut tiga sen kepada RM5.21; IHH Healthcare merosot enam sen kepada RM5.86 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.20.

Bagi saham aktif, EA Holdings dan Fintec Global masing-masing turun setengah sen kepada setengah sen; Bahvest rugi 8.5 sen kepada 16.5 sen; waran Wegmans berkurangan satu sen kepada 1.0 sen manakala Sarawak Consolidated tidak berubah pada 42.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 18.92 mata kepada 10,232.18; Indeks FBMT 100 menguncup 19.37 mata kepada 9,933.72 manakala Indeks FBM ACE merosot 67.61 mata kepada 5,042.87.

Indeks FBM Emas Syariah menokok 0.07 mata kepada 10,515.75 dan Indeks FBM 70 menambah 5.97 mata kepada 13,456.19.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 80.67 mata kepada 15,444.85; Indeks Tenaga susut 3.46 mata kepada 785.08 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.02 mata kepada 158.87.

Indeks Perladangan naik 25.58 mata kepada 6,718.44.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.64 bilion unit bernilai RM1.33 bilion daripada 1.56 bilion unit bernilai RM1.38 bilion, semalam.

Selain itu, jumlah waran melonjak kepada 345.94 juta unit bernilai RM39.24 juta daripada 86.18 juta unit bernilai RM7.30 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 2.92 bilion saham bernilai RM259.96 juta daripada 512.18 juta saham bernilai RM202.06 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 430.33 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (457.65 juta); pembinaan (74.33 juta); teknologi (107.30 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (57.24 juta); hartanah (166.44 juta); perladangan (28.74 juta); REIT (9.70 juta), dana tertutup (82,000); tenaga (141.18 juta); penjagaan kesihatan (69.51 juta); telekomunikasi dan media (35.70 juta); pengangkutan dan logistik (22.58 juta) serta utiliti (38.64 juta).

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
EAH 0.010
FBMKLCI 1589.590
FINTEC 0.005
IHH 6.290
PBBANK 4.120
TENAGA 12.320

Comments

Login to comment.