Global Oriental beli saham syarikat urus tempat kereta

BeritaHarian Thu, Oct 19, 2023 10:16pm - 6 months View Original


KUALA LUMPUR: Syarikat pemegang pelaburan, Global Oriental Bhd (GOB) bercadang untuk membeli 550,000 saham biasa atau 55 peratus kepentingan daripada Edisijuta Parking Sdn Bhd (EPSB) pada harga tunai RM27.5 juta daripada Cahaya Impian Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pembelian itu akan membolehkannya mengembangkan asas pendapatannya dalam bentuk pendapatan stabil yang berulang yang dijana menerusi pengurusan tempat letak kereta dan perniagaan operasi EPSB.

Pada masa ini, pendapatan GOB kebanyakannya diperoleh daripada segmen pembangunan hartanahnya, mencatatkan RM373.79 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.

Bagaimanapun, hasil daripada pembangunan hartanah GOB banyak bergantung kepada penjualan unit daripada pembangunannya, yang bergantung kepada pelbagai faktor.

"Dengan melaksanakan cadangan pembelian itu, GOB akan memperoleh aliran hasil yang berulang bagi menambah perniagaan pembangunan hartanahnya," katanya.

GOB berkata bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, EPSB mencatatkan hasil sebanyak RM50.95 juta, untung bersih RM5.05 juta dan tunai yang dijana daripada aktiviti operasi berjumlah RM5.34 juta.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.700
GOB 0.175

Comments

Login to comment.