SDB beli tanah RM87.8 juta di Sepang

BeritaHarian Wed, Nov 01, 2023 09:56am - 5 months View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Selangor Dredging Bhd (SDB), Prestij Permai Sdn Bhd memeterai perjanjian jual dan beli bersama Xtra Touch Sdn Bhd untuk membeli tanah pegangan pajakan bersama kerja tanah yang telah disiapkan terletak di Sepang, Selangor pada harga RM87.8 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata tanah seluas 11.81 hektar (29.19 ekar) itu mempunyai potensi pembangunan dan menjadi sebahagian daripada langkah mengenal pasti hartanah bersesuaian untuk ditambah ke dalam simpanan tanahnya.

"Tanah itu terletak dalam Taman Putra Perdana dan boleh diakses dari jalan utama Jalan Putra Perdana.

"Ia berhampiran dengan lebuh raya utama seperti SKVE, ELITE, MEX and Putra Link. Tapaknya berhadapan tasik," kata makluman itu.

SDB berkata, bercadang untuk membangunkan 550 unit rumah teres dua dan tiga tingkat di tanah itu dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM609 juta.

Pembelian itu dijangka dimuktamadkan menjelang akhir 2024.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
SDRED 0.620

Comments

Login to comment.