HIL Industries beli tanah RM47 juta di Kuala Lumpur

BeritaHarian Wed, Nov 01, 2023 09:55pm - 6 months View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung milik penuh HIL Industries Bhd, Amverton Prop Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan A&M Modern Homes Sdn Bhd (AMMH) untuk memperoleh sebidang tanah seluas 1.21 hektar di Kuala Lumpur berharga RM47 juta.

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan cadangan pengambilalihan itu akan dilangsaikan secara tunai, perolehan itu akan membolehkan HIL Industries menambah semula simpanan tanah dan projek pembangunan hartanahnya memandangkan projek yang sedang berjalan akan siap.

"Cadangan pengambilalihan itu dijangka menambah simpanan tanah sedia ada kumpulan daripada kira-kira 22.86 hektar kepada 24.08 hektar tersedia untuk pembangunan," tambahnya.

HIL Industries berkata, potensi pembangunan tanah AMMH juga dijangka meningkatkan sumbangan hasil dan keuntungan daripada segmen pembangunan hartanah serta prestasi kewangan keseluruhan kumpulan berkenaan.

Tanpa mengambil kira sebarang keadaan di luar jangkaan dan tertakluk kepada semua kelulusan yang diperlukan, cadangan pengambilalihan itu akan selesai menjelang suku pertama 2024.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

5959 0.000
BURSA 8.230
HIL 1.030

Comments

Login to comment.