Chin Hin beli tanah RM41.94 juta di Melaka

BeritaHarian Wed, Jan 17, 2024 10:06am - 3 months View Original


KUALA LUMPUR: Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) membeli enam bidang tanah di Melaka pada harga RM41.94 juta secara tunai untuk membangunkan projek kediaman dengan jangkaan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.01 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Chin Hin berkata ia membeli plot pegangan pajakan itu yang berukuran 838,736 kaki persegi, terletak di Kawasan Bandar XLIII, Melaka Tengah, pada diskaun kira-kira 50 peratus daripada nilai pasaran semasa, iaitu RM84 juta setakat Oktober 2023.

Kumpulan itu, menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsung, Chin Hin Property (Melaka) Sdn Bhd (CHPMSB), memeterai perjanjian untuk mengambil alih plot tanah itu daripada MDS Developments Management Sdn Bhd, Aim Development Worldwide Sdn Bhd (ADW) dan Aim Holdings Worldwide Sdn Bhd (AHW).

CHGP merancang untuk membiayai cadangan pembelian itu melalui pinjaman luar dan dana dalaman.

Setakat akhir September 2023, jumlah pinjaman CHGP mencecah RM352.29 juta, dengan baki tunai dan bank sebanyak RM49.45 juta, lapor penyata kewangan terkini syarikat.

Kos pembangunan kasar projek itu yang dirancang untuk dibina di atas plot itu adalah kira-kira RM792 juta.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
CHGP 2.130

Comments

Login to comment.