TRC Synergy dapat kontrak ubah suai Lapangan Terbang Subang

BeritaHarian Sun, Feb 04, 2024 01:17pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, Trans Resources Corporation Sdn Bhd menerima surat anugerah daripada Impeccable Vintage Properties Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd bagi projek bernilai RM358 juta.

Kontrak itu adalah bagi cadangan pengubahsuaian bangunan utama dan kerja-kerja infrastruktur di Kompleks Kejuruteraan Subang A, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Syarikat itu memberitahu Bursa Malaysia bahawa projek terbabit akan menyumbang secara positif kepada perolehan dan perolehan sesaham Kumpulan TRC pada masa hadapan.

"Lembaga pengarah, selepas menimbang semua aspek tawaran, berpandangan bahawa projek ini adalah bagi kepentingan terbaik Kumpulan TRC.

"Projek ini tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan modal berbayar, pegangan saham pemegang saham, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat atau anak-anak syarikatnya," kata TRC.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP), yang akan melonjakkan status lapangan terbang itu menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan serantau.

Pelan penjanaan semula itu dijangka meningkatkan kapasiti semasa lapangan terbang itu kepada lapan juta penumpang setahun, sekali gus menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
TRC 0.475

Comments

Login to comment.