LFE Corp beli 84 bidang tanah di Gurun

BeritaHarian Tue, Feb 06, 2024 06:38pm - 3 months View Original


KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan pembinaan, mekanikal dan elektrik, LFE Corp Bhd membeli 84 bidang tanah pegangan bebas di Gurun, Kuala Muda, Kedah daripada syarikat sendirian berhad, Aziho Trading Sdn Bhd pada harga tunai RM1.03 juta.

Menurut LFE, tanah yang dibeli itu ketika ini digadaikan kepada CIMB Bank Bhd dan CIMB Bank Islamic Bank Bhd sebagai sekuriti untuk kemudahan perbankan.

Baki pinjaman berkaitan hartanah itu telah dibayar sepenuhnya, namun pelepasan gadaian masih menunggu pendaftaran.

Peguam LFE sedang menghantar dokumen pelepasan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menunggu pengeluaran sijil pendaftaran pelepasan gadaian.

Liabiliti kontinjen yang akan diteruskan oleh LFE adalah baki harga pembelian.

LFE berkata, ia sedang menunggu peluang perniagan selanjutnya dalam industri pembinaan dan pembangunan hartanah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, LFE berkata anak syarikat milik penuhnya, LFE Development Sdn Bhd memeterai perjanjian jual dan beli bersama Aziho Trading bagi cadangan pengambilalihan tanah.

Ia menambah bahawa cadangan pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi dana dalaman dan/atau pinjaman bank.

Aziho Trading secara prinsipnya terbabit dalam aktiviti perladangan dan pembinaan. Syarikat itu dimiliki bersama oleh tiga pengarah iaitu Kang Ee Ling, Kang Hsuen F'eng dan Kang Hsuen Chiang.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.230
LFECORP 0.220

Comments

Login to comment.