Caj penghantaran produk lebih murah

HarianMetro Wed, Feb 28, 2024 08:18am - 2 months View Original


Kuala Lumpur: Ikea membuka pusat pengambilan terbaharu di Kuala Terengganu, sekali gus menawarkan cara lebih mudah kepada pelanggan di Pantai Timur untuk mengambil produk Ikea kegemaran mereka.

Sebelum ini, penduduk Terengganu perlu berkunjung ke satu gedung Ikea, atau memilih penghantaran ke rumah apabila membeli-belah dalam talian.

Namun, dengan pelancaran pusat pengambilan baharu itu, mereka kini boleh mengambil pesanan Ikea dengan mudah di Kuala Terengganu, pada waktu sesuai dengan caj lebih rendah berbanding caj penghantaran ke rumah.

Pusat pengambilan di Kuala Terengganu itu yang ketujuh di Malaysia dan kedua di Pantai Timur, selepas Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Ipoh, Melaka dan Kuantan.

Bersama kedai dalam talian dan gedung fizikalnya, pusat pengambilan ini kunci kepada strategi omni-saluran Ikea dan komitmennya untuk membawa Ikea lebih dekat kepada pelanggan.

Pengurus Stor Ikea Batu Kawan, Takeshi Murai berkata, pusat pengambilan baharu di Kuala Terengganu antara cara membawa rangkaian penyelesaian rumah yang berfungsi dan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia di Pantai Timur.

"Kami teruja mengalu-alukan pelanggan kami dan membawa pengalaman Ikea ke Terengganu yang indah," katanya dalam kenyataan.

Pusat pengambilan ini terletak di Jalan Salak Chabang Tiga, Kuala Terengganu dengan caj hanya RM98 untuk setiap pengambilan.

Bermula hari ini, apabila membeli-belah dalam talian, pelanggan boleh memilih pusat pengambilan Kuala Terengganu ketika membuat pembayaran.

Malah, pelanggan boleh mendapat inspirasi berdasarkan beberapa item terlaris dalam kalangan pelanggan Terengganu.

Ia termasuk rak baju MULIG dan bekas storan PĂ„RKLA, bakul RISATORP untuk langkah ideal menyimpan buah dan sayur segar, selain Kombinasi storan TV BAGGEBO untuk reka bentuk minimalis.

Selaras komitmennya menawarkan produk bermutu tinggi, mampan, dan berfungsi pada harga berpatutan, Ikea juga menurunkan harga untuk pelbagai produk paling popular.

Pelanggan boleh menikmati Harga Baharu Lebih Rendah di gedung-gedung fizikal serta dalam talian.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BKAWAN 19.940

Comments

Login to comment.