Untung bersih EPMB lonjak lebih 50 kali ganda kepada RM20.22 juta

BeritaHarian Wed, Feb 28, 2024 09:19pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: EP Manufacturing Bhd (EPMB) melaporkan keuntungan bersihnya melonjak lebih daripada 50 kali ganda pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023), yang tertinggi sejak 2014.

Pendapatan yang dicatatnya melepasi RM600 juta untuk pertama kalinya, dibantu oleh permintaan kukuh untuk produk Kumpulan.

Keuntungan bersih EPMB untuk TK2023 adalah RM20.22 juta, berbanding RM0.40 juta pada 2022 (TK2022). Hasil kumpulan ialah RM648 juta, 25.5 peratus lebih tinggi tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, ia mencerminkan hasil positif daripada langkah transformasi yang kami mulakan pada awal 2023, iaitu memfokuskan pada operasi dan pengoptimuman kos.

"Melangkah ke hadapan, kami akan terus mengukuhkan perniagaan teras kami dan pada masa yang sama, mengejar peluang pasaran baharu dengan potensi pertumbuhan yang besar.

"2024 dijangka menjadi tahun yang menarik bagi Kumpulan kerana kami akan memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan baharu kami di Melaka. Kami akan mengeluarkan dan memasang model kenderaan untuk BAIC International Development Co Ltd (BAIC) dan Great Wall Motor Sales Malaysia ("GWM").

"Bekerjasama dengan pembuat kereta terkemuka akan membantu kami membina kesedaran, penjenamaan, kredibiliti dan keyakinan di seluruh industri. Saya percaya ini akan membuka peluang pertumbuhan yang lebih besar untuk EPMB, walaupun kami terus meningkatkan rantaian nilai sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030," katanya.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023 (4QFY2023), EPMB melaporkan hasil sebanyak RM199.64 juta, tertinggi dalam sejarah dan peningkatan 26.0% daripada RM158.38 juta pada suku sebelumnya (3QFY2023).

Pertumbuhan hasil terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jualan alat ganti automotif. Selaras dengan peningkatan hasil, keuntungan bersih ialah RM2.94 juta, 617.1% lebih tinggi daripada RM0.41 juta pada 3QFY2023.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

EPMB 0.675

Comments

Login to comment.