Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah

BeritaHarian Fri, Mar 22, 2024 08:01pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia berjaya pulih semula daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup tinggi hari ini disokong oleh belian pada lewat dagangan meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 0.98 mata kepada 1,542.39 daripada paras penutup 1,541.41 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.15 mata kepada 1,541.56, bergerak dalam jajaran kecil antara paras 1,537.92 dan 1,543.84 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 538 berbanding 544, manakala 475 kaunter tidak berubah, 778 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.08 bilion unit bernilai RM2.69 bilion daripada 4.02 bilion unit bernilai RM2.94 bilion pada Khamis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI bergerak dalam jajaran kecil hari ini apabila para pelabur menumpukan perhatian kepada saham permodalan kecil terutamanya kaunter dalam sektor hartanah, pembinaan dan teknologi.

"Bagaimanapun indeks petunjuk pasaran itu berjaya ditutup tinggi sedikit berikutan belian pada lewat dagangan," katanya kepada Bernama.

Thong berkata pasaran utama serantau kebanyakannya rendah hari ini berikutan reaksi berbeza terhadap prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat dengan para pelabur menjangkakan kadar akan diturun lebih awal lagi.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng jatuh 2.16 peratus kepada 16,499.47, Kospi Korea Selatan susut 0.23 peratus kepada 2,748.56, Indeks Straits Times Singapura turun 0.07 peratus kepada 3,217.97 dan Indeks Komposit SSE China berkurangan 0.95 peratus kepada 3,048.03.

Bagaimanapun, Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 0.18 peratus kepada 40,888.43.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM9.59, Public Bank dan Tenaga Nasional meningkat dua sen setiap satu masing-masing kepada RM4.24 dan RM11.56, manakala Petronas Chemicals susut lapan sen kepada RM6.79 dan CIMB tidak berubah pada RM6.55.

Dalam kalangan saham cergas, Borneo Oil, Alpha IVF dan Fitters Diversified tidak berubah masing-masing pada setengah sen, 32 sen dan 5.5 sen.

TWL turun satu sen kepada 2.5 sen dan SP Setia meningkat tujuh sen kepada RM1.33.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 18.61 mata kepada 11,555.10, Indeks FBMT 100 naik 18.28 mata kepada 11,204.18, Indeks FBM 70 melonjak 72.02 mata kepada 15,970.70, Indeks FBM ACE menokok 21.01 mata kepada 4,856.34 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 19.68 mata kepada 11,651.98.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 16.00 mata kepada 7,336.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.29 mata kepada 178.73, dan Indeks Tenaga susut 0.27 mata kepada 934.34 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 45.20 mata kepada 17,188.88.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 3.35 bilion unit bernilai RM2.27 bilion daripada 2.34 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 877.09 juta unit bernilai RM117.79 juta daripada 785.77 juta unit bernilai RM111.60 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 858.13 juta saham bernilai RM296.59 juta daripada 893.95 juta saham bernilai RM316.39 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 294.02 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.30 bilion); pembinaan (276.85 juta); teknologi (164.67 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (75.56 juta); hartanah (854.77 juta); perladangan (35.86 juta); REITs (16.78 juta), dana tertutup (81,000); tenaga (127.86 juta); penjagaan kesihatan (48.11 juta); telekomunikasi dan media (47.02 juta); pengangkutan dan logistik (58.50 juta); dan utiliti (50.35 juta). – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.010
BURSA 7.460
FBMACE 5062.010
FBMEMAS 11826.790
FBMKLCI 1575.160
FBMSHA 11991.950
FITTERS 0.050
FITTERS-WC 0.005
PBBANK 4.210
SPSETIA 1.420
TENAGA 11.920

Comments

Login to comment.