Sentimen positif lonjak dagangan Bursa Malaysia

BeritaHarian Fri, Nov 03, 2023 10:11am - 6 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, didorong oleh beberapa perkembangan positif, termasuk prestasi semalaman Wall Street.

Pada 9.07 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.93 mata kepada 1,447.70 daripada 1,439.77 pada akhir urus niaga Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka menambah 6.95 mata pada 1,446.72.

Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mendahului rugi iaitu 231 berbanding 92 manakala 222 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,806 tidak diniagakan dan 22 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 250.38 juta unit bernilai RM83.67 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street menyaksikan ketiga-tiga indeks utamanya melonjak ketika peniaga menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin 'berehat' daripada melakukan sebarang kenaikan kadar faedah bagi tahun ini.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 564 mata manakala Nasdaq naik 233 mata apabila hasil 10 tahun AS susut ke paras terendah dalam tempoh hampir sebulan pada 4.66 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng naik 129 mata apabila sentimen bertukar positif selepas Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong (HKMA) mengekalkan kadar asas ketika Fed tidak melakukan sebarang kenaikan yang menandakan kemungkinan kitaran kenaikan itu dihentikan setakat ini.

Di peringkat tempatan, indeks penanda aras FBM KLCI ditutup lebih tinggi seiring dengan petunjuk daripada prestasi serantau yang meningkat.

Thong berkata, seperti dijangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus yang menjadi berita baik bagi semua.

"Kami percaya beberapa berita positif ini akan menyokong bursa tempatan untuk menyaksikan kehadiran pembeli, sekali gus menjangkakan indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,440 hingga 1,450 hari ini.

"Sekali lagi kami menasihati pelabur untuk terus kekal memegang saham perbankan dan menjangkakan sektor kewangan mencatat pertumbuhan pendapatan baik bagi tahun ini," katanya.

Saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia menyaksikan Press Metal Aluminium naik enam sen kepada RM4.90, MISC menokok 11 sen kepada RM7.32, CelcomDigi meraih empat sen kepada RM4.29, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM6.03 dan Petronas Gas meningkat 20 sen kepada RM17.30.

Bagi saham aktif, MLabs, Kinergy Advancement (KAB) dan KNM masing-masing tidak berubah pada satu sen, 33 sen dan 9.5 sen; SMTrack meraih setengah sen kepada 5.5 sen; Tanco turun setengah sen kepada 57 sen dan JCY International menambah 1.5 sen kepada 22 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 48.52 mata kepada 10,680.57; Indeks FBMT 100 meraih 48.53 mata kepada 10,353.63 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 53.79 mata kepada 10,878.53.

Indeks FBM 70 meningkat 30.35 mata kepada 14,083.51 manakala Indeks FBM ACE naik 10.56 mata kepada 5,034.54.

Bagi sektor pula, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 55.00 mata kepada 171.20; Indeks Perladangan menokok 22.62 mata kepada 6,930.52; Indeks Tenaga naik 0.79 mata kepada 871.60 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 68.27 mata pada 16,303.78.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.080
CDB 4.070
FBMACE 5285.690
FBMEMAS 12184.690
FBMKLCI 1603.230
FBMSHA 12390.700
IHH 6.230
JCY 0.340
KAB-WA 0.000
MISC 8.240
PETGAS 18.100
SMTRACK 0.040

Comments

Login to comment.