Harga saham syarikat bida projek HSR melonjak

BeritaHarian Fri, Jan 26, 2024 02:52pm - 3 months View Original


KUALA LUMPUR: Harga saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) lebih tinggi hari ini, meningkat 8.62 peratus, sehingga susulan berita mengenai penyertaan pemaju hartanah itu dalam projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Pada 9.47 pagi tadi, MRCB naik lima sen kepada 63 sen dengan 83.66 juta saham bertukar tangan.

Ia adalah saham yang paling aktif didagangkan.

Dilaporkan Berjaya Rail Sdn Bhd (BRail), syarikat 70 peratus milik Berjaya Land Bhd telah bekerjasama dengan MRCB, IJM Construction Sdn Bhd, dan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk membida projek HSR.

RHB Investment Bank Bhd, dalam satu nota berkata, ia percaya pengaturan sedemikian untuk konsortium adalah sesuai untuk cadangan konsep di bawah pelaksanaan permintaan maklumat (RFI) projek itu.

Kelayakan rel MRCB, Transit Aliran Massa 2 (MRT2) dan Transit Aliran Ringan 3(LRT3) , sebagai tambahan kepada peranannya dalam membangunkan semula KL Sentral, nampaknya tepat pada masanya dengan potensi pelancaran HSR.

"Jika HSR melalui KL Sentral, pembangunan semula KL Sentral boleh dilakukan serentak dengan HSR.

"IJM boleh memberi lebih tumpuan kepada kerja-kerja elektrifikasi rel melalui pengambilalihan 44.8 peratus Pestech International," katanya dalam satu nota.

Satu lagi pesaing, YTL Corporation, turut menyaksikan sahamnya dalam aliran meningkat pagi tadi, naik sembilan sen kepada RM2.46 dengan 12.3 juta saham diurus niaga.

YTL Corp juga dilaporkan telah mengemukakan cadangan konsep untuk projek HSR.

"Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kumpulan itu adalah rakan kongsi penyampaian projek dalam perkongsian dengan Tabung Haji Properties untuk bahagian selatan jajaran HSR sebelum ini pada 2018.

"Dengan RFI masih di peringkat awal (peringkat cadangan terperinci akan mengikuti peringkat cadangan konsep pasca penilaian oleh pihak berkuasa), pelbagai jenis pilih atur masih boleh dilakukan sebelum struktur muktamad diputuskan.

"Oleh itu, struktur yang sama seperti yang dilihat pada 2018, di mana pakej HSR dibahagikan kepada bahagian utara dan selatan, tidak boleh diketepikan," katanya.

Selain pemangkin HSR, RHB Investment Bank percaya status prakelayakan MRCB untuk projek tebatan banjir, dianggarkan RM500 juta hingga RM1 bilion di Selangor, boleh menyaksikan perkembangan selanjutnya menjelang separuh pertama 2024, memandangkan keperluan mendesak untuk menguruskan banjir di negara ini.

Firma penyelidikan itu berkata, prospek lain mungkin datang daripada MRT3.

Ia berpendapat bahawa MRCB mempunyai peluang untuk mendapatkan bahagian bertingkat, manakala pengembalian semula lima stesen LRT3 mungkin juga memberi manfaat kepada MRCB, kontraktor utama bagi pembinaan 20 stesen permulaan itu.

RHB Investment Bank mengekalkan syor 'beli' dengan harga sasaran lebih tinggi sebanyak 74 sen berbanding 52 sen sebelumnya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BJLAND 0.360
PESTECH 0.205
YTL 3.200

Comments

Login to comment.