Rosen dapat kontrak pemeriksaan paip Pan Malaysia

BeritaHarian Wed, Aug 03, 2022 01:20pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Rosen Group, pembekal global teknologi pengurusan saluran paip dianugerahkan kontrak daripada Pan Malaysia Holdings Bhd selama lima tahun bagi perkhidmatan pemeriksaan talian paip (ILI) Kumpulan PETRONAS dan kontrak kontraktor penyusunan petroleum (PAC) (Pan Malaysia ILI).

Kontrak itu termasuk syarikat kumpulan Rosen di Malaysia melalui H Rosen Engineering Sdn Bhd menerusi 200 saluran paip untuk pemeriksaan dalam tempoh lima tahun dengan diameter antara empat hingga 48 inci (122cm), meliputi saluran paip seluruh negara serta rentas negara melalui Thailand dan Singapura.

Pengarah Pelaksanaan Perniagaan Kumpulan Rosen di Malaysia, Nija Amri Jemari, berkata sebagai syarikat tempatan, kumpulan mempunyai kelebihan untuk memiliki sumber utama daripada kemudahan kepada tenaga kerja.

"Kami mampu memberikan perkhidmatan terbaik pada bila-bila masa. Teknologi terkini dan tahap perkhidmatan yang digunakan dengan cekap di seluruh dunia menjadikannya boleh diakses oleh semua pengguna kontrak Pan Malaysia ILI," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Pelaksanaan Perniagaannya, Mazlan Md Ramly, berkata Rosen akan sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik dengan PETRONAS serta semua PAC yang menyokong sistem pengurusan integriti saluran paip.

"Dengan pengalaman selama hampir 30 tahun, saya percaya kami boleh mencapai objektif Pan Malaysia ILI, untuk memastikan aset berkenaan terus dikendalikan dengan selamat di bawah permintaan semasa dan akan datang," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

PMHLDG 0.295

Comments

Login to comment.