Pulau Pinang kekal pengeksport utama

HarianMetro Sat, Jan 28, 2023 06:10am - 1 year View Original


PULAU Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.8 peratus dan diikuti oleh Johor (19.2 peratus), Selangor (17.8 peratus), Sarawak (9.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.7 peratus).

Bagi import pula, Selangor muncul sebagai penyumbang utama dengan 27.2 peratus dan diikuti oleh Pulau Pinang (21.9 peratus), Johor (20.8 peratus), Kuala Lumpur (6.6 peratus) dan Kedah (5.8 peratus).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, eksport negeri-negeri pada Disember 2022 meningkat sebanyak RM7.5 bilion atau 6.0 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

"Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM4.3 bilion), Sarawak (+RM2.2 bilion), Selangor (+RM1.4 bilion), Wilayah Persekutuan (+RM1.4 bilion), Negeri Sembilan (+RM264.1 juta), Perak (+RM230.1 juta) dan Kedah (+RM184.0 juta).

"Negeri-negeri lain seperti Melaka turut mencatat eksport lebih tinggi iaitu RM97.9 juta, Kelantan (+RM92.9 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM64.8 juta) dan Perlis (+RM14.3 juta).

"Bagaimanapun, eksport susut di negeri seperti Sabah iaitu RM1.7 bilion, Pahang (-RM563.3 juta), Terengganu (-RM531.0 juta) dan Pulau Pinang (-RM93.3 juta)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Di samping itu, Mohd Uzir berkata, jumlah perdagangan Malaysia bagi Disember 2022 meningkat 8.6 peratus tahun ke tahun kepada RM236 bilion dengan masing-masing eksport menokok 6.0 peratus kepada RM131.9 bilion manakala import naik 12.0 peratus kepada RM104.1 bilion.

"Jumlah perdagangan Malaysia bagi 2022 juga merupakan satu pencapaian baharu dengan mencecah RM2.8 trilion.

"Eksport naik 25 peratus daripada RM1.2 trilion pada 2021 kepada RM1.6 trilion. Begitu juga import bernilai RM1.3 trilion, lebih tinggi 31.3 peratus berbanding tahun sebelumnya," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.