Pelbagai koleksi Disney ada di MR DIY

HarianMetro Sat, May 06, 2023 06:30am - 11 months View Original


Kuala Lumpur: Peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR DIY (M) Berhad, mengumumkan koleksi terbaharu bertemakan Disney yang dinamakan Always Magical.

Ia meliputi lebih daripada 500 produk yang menampilkan watak Disney kegemaran ramai seperti Mickey Mouse, Puteri Disney, dan banyak lagi.

Ketua Pemasaran MR DIY, Alex Goh berkata, pihaknya meraikannya dengan menjadikan barangan bertemakan Disney yang berkualiti tinggi boleh didapati peminat Disney daripada semua peringkat umur dengan harga berpatutan.

"Disney adalah jenama yang tidak memerlukan pengenalan. Kita semua adalah generasi yang membesar dengan menonton filem Disney, dan kita semua ada watak Disney kegemaran masing-masing.

"Apa yang penting adalah kami dapat menambah nilai dan memberi pengalaman beli-belah lebih baik kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan.

Rangkaian produk ini kini boleh didapati di cawangan MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR di seluruh negara.

Rangkaian produk bertemakan Disney oleh MR DIY juga menawarkan set kutleri dan perkakas dapur, bekas makanan, botol air dan gelas, mainan, serta barangan kegunaan rumah seperti jam dinding.

Terdapat juga rangkaian aksesori fesyen bertemakan Disney seperti anting-anting, rantai leher, gelang dan kaca mata hitam.

Sementara itu, untuk meraikan pelancaran koleksi terbaru ini, MR DIY mengadakan promosi bagi produk Disney terpilih.

MR DIY menawarkan diskaun sehingga 30 peratus dan pertandingan Belanja dan Menang dari 1 hingga 31 Mei 2023.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Litkiam Tee
Like · Reply
永平开了5间99
Ah Choon Wong
永平鱼丸富州面好吃……………..
Like · 11 months · translate
Ah Choon Wong
Like · Reply
小小的丹绒馬林开了两间 DIY, cost-benefit 划算嗎 ?Speed 99 更利害,开了三间。还是老板门看到了將来的前景 !Proton City …..

Login to comment.