KHIND tawar pelan sewa milik dengan bayaran awal RM1

HarianMetro Wed, Jul 09, 2025 04:24pm - 8 months View Original


Kuala Lumpur: KHIND, salah satu jenama peralatan elektrik kegemaran rakyat Malaysia, melancarkan barisan peralatan baharu bagi segmen pelan Sewaan Milik (RTO) untuk membantu lebih ramai isi rumah memiliki produk premium tanpa bayaran pendahuluan yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND Holdings, Adil Jimmy Mistry berkata, dengan hanya RM1 sebagai bayaran awal, perlindungan insurans penuh dan pelan bulanan serendah RM70, KHIND terus komited dengan slogan 'Senang Jer, Semua Settle' sebagai penyedia penyelesaian rumah menyeluruh.

Katanya, penawaran RTO KHIND kini meliputi mesin basuh dan pengering, peti sejuk terkini dan penjagaan pakaian melalui seterika wap.

"Kami faham tekanan yang dihadapi oleh keluarga Malaysia akibat inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

"Pelan RTO ini adalah cara kami memastikan peralatan asas tidak lagi menjadi kemewahan kini lebih ramai boleh memiliki produk berkualiti tanpa halangan kewangan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pelancaran ini hadir ketika isi rumah Malaysia semakin terhimpit dengan tekanan kewangan.

Model RTO KHIND menyediakan alternatif yang lebih mampan dan rendah risiko berbanding pembelian sekaligus atau pembiayaan berfaedah tinggi.

"Dengan pelan pembayaran fleksibel, kini lebih ramai dapat memiliki peralatan seperti mesin basuh dan pengering 2 dalam 1 serta peti sejuk berkapasiti besar tanpa perlu risau bayaran pendahuluan.

"Hanya RM1 deposit, perlindungan insurans termasuk dan penghantaran terus ke rumah, KHIND membantu keluarga Malaysia mengurangkan tekanan kewangan dan memudahkan urusan harian," katanya.

Selain itu, tiga produk utama dalam pelan ini ialah KHIND ChillMasterX Multi-Door Fridge, KHIND Washer Dryer WD1468, dan KHIND SteamGen+ Seterika Wap Penjana Stim.

KHIND juga tampil dengan Kempen 'Senang Jer, Semua Settle!', menampilkan produk seperti Seterika SteamGen+, Peti Sejuk ChillMasterX dan Mesin Basuh-Pengering 2 dalam 1 dari hanya RM70 sebulan dengan bayaran pendahuluan RM1 sahaja. 

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar terus dalam talian atau hubungi khidmat pelanggan KHIND untuk maklumat lanjut atau melayari khindrto.com.my.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

KHIND 1.400

Comments

Login to comment.