Sunzen catat hasil RM80.98 juta bagi tahun kewangan 2025

BeritaHarian Fri, Aug 29, 2025 10:01pm - 6 months View Original


PETALING JAYA: Sunzen Group Bhd (Sunzen) mengumumkan hasil sebanyak RM80.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, disokong oleh sumbangan berterusan daripada segmen pembiayaan pinjaman dan kesihatan manusia serta pertumbuhan dalam peranti dan perkhidmatan perubatan.

Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM0.53 juta pada suku keempat, sebahagian besarnya akibat hapus kira hutang lapuk sekali sahaja berjumlah RM2.97 juta dalam segmen pembiayaan pinjaman, selain keuntungan lebih rendah daripada segmen kesihatan manusia dan kerugian syarikat bersekutu.

Secara keseluruhan, Sunzen menutup tahun kewangan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.15 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan, Teo Yek Ming, berkata walaupun prestasi suku keempat terjejas oleh faktor luar biasa, perniagaan teras syarikat kekal kukuh.

"Pertumbuhan berterusan daripada segmen peranti perubatan dan momentum sihat dalam pembiayaan pinjaman menyediakan asas yang kukuh. Kami akan terus mengembangkan segmen berpotensi tinggi sambil meningkatkan kecekapan dalam segmen kesihatan manusia," katanya.

Memandang ke hadapan, Sunzen menjangka pertumbuhan stabil dalam segmen pembiayaan pinjaman, dipacu peningkatan permohonan dan kelulusan. Sementara itu, usaha sedang dijalankan untuk menyusun semula produk kesihatan manusia ke arah pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), termasuk pembungkusan semula minuman sarang burung dalam botol polipropilena (PP) serta meningkatkan keterlihatan jenama melalui pemasaran digital dan pameran perdagangan.

Walaupun pasaran sarang burung di China terus perlahan berikutan sentimen pengguna yang berhati-hati, Sunzen kekal berinovasi dengan memperkenalkan peralatan terapi kuantum baharu Yanming bagi meningkatkan peredaran darah dan metabolisme, dilengkapi sistem penghantaran transdermal krim herba untuk menyokong kesihatan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SUNZEN 0.250
SUNZEN-WC 0.045

Comments

Login to comment.