Viviantie dinobat penerima Anugerah Public Social Innovator

HarianMetro Fri, Jan 23, 2026 07:42am - 3 weeks View Original


Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) Viviantie Sarjuni dinobatkan sebagai penerima Anugerah Public Social Innovator 2026 oleh Schwab Foundation semasa Persidangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland.

INSKEN dalam kenyataan berkata, pengiktirafan berprestij itu diberikan atas kepimpinan berwawasan Viviantie dalam memperkasa keusahawanan, perusahaan sosial serta pembangunan ekonomi mampan di Malaysia.

Sebagai penerima anugerah, Viviantie akan menyertai komuniti global Schwab Foundation, dengan ahli komuniti diintegrasikan ke dalam mesyuarat dan inisiatif WEF, selain terlibat secara aktif dalam pertukaran sejawat bersama pemimpin perubahan sosial dan alam sekitar serta berinteraksi dengan pemimpin tertinggi daripada sektor perniagaan, kerajaan, komuniti awam dan media bagi tempoh tiga tahun.

"Peluang global ini membolehkan INSKEN membawa pulang pandangan antarabangsa serta amalan terbaik ke Malaysia, sekali gus memperkukuh sokongan kepada perusahaan mikro, luar bandar dan sosial, di samping memupuk kerjasama rentas sempadan antara sektor awam, swasta dan akademik," katanya.

Anugerah Public Social Innovator mengiktiraf individu yang mencetuskan perubahan luar biasa dalam sektor awam, termasuk penggubal undang-undang, pembuat dasar, ketua agensi kerajaan serta pemimpin organisasi antarabangsa yang memanfaatkan inovasi sosial bagi menghasilkan impak transformatif.

Sejak 1998, Schwab Foundation menyokong lebih 500 inovator sosial berimpak tinggi dari lebih 190 negara di seluruh dunia.

Sementara itu, Viviantie menerusi kenyataan sama berkata, menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah itu adalah satu penghormatan besar, bukan sahaja kepada beliau secara peribadi, malah kepada usaha berterusan INSKEN.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.