Produk SEDANIA tembusi lima lagi negara

BeritaHarian Mon, Aug 23, 2021 12:17pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: SEDANIA Innovator Bhd, menerusi anak syarikatnya, Offspring Inc Sdn Bhd mengembangkan kehadirannya ke lima lagi negara iaitu Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Moldova.

Ia memiliki 51 peratus kepentingan dalam Offspring Inc, syarikat teknologi yang menumpu kepada penyelesaian penjagaan awal kanan-kanak, termasuk mengeluarkan produk organik bayi yang berkualiti.

Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd Noor, berkata pengembangan lima pasaran baharu itu adalah susulan daripada pelancaran stor web Offspring di Russia.

Berikutan itu, katanya, Offspring Inc kini tersedia di 17 negara eksport, berkhidmat di empat rantau termasuk Amerika Utara, Afrika, Eropah dan Asia

"Kadar kelahiran tahunan lima negara yang baru kami terokai ini dianggarkan berjumlah 790,000 orang dan terus meningkat.

"Daripada kadar kelahiran kolektif, Offspring diunjurkan untuk menjana RM26 juta setahun penguasaan pasaran dalam beberapa tahun akan datang," katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Azrin berkata, pihaknya amat gembira dengan lima pasaran baharu terbabit kerana usaha ini didorong sepenuhnya oleh rakan antarabangsa di Rusia.

Katanya, permintaan untuk produk premium berkualiti tinggi meningkat di negara berdekatannya dan Rusia mengambil langkah ke depan untuk menyampaikannya kepada pengguna.

"Russia adalah salah satu rakan antarabangsa terkemuka kami yang mencatatkan pertumbuhan stabil melebihi 250 peratus sejak 2019.

"Ini bermakna, Offspring telah memantapkan kedudukannya secara automatik di dalam pasaran melalui pengiktirafan kualiti produk.

"Ia sekali gus mengukuhkan kepercayaan daripada rakan antarabangsa dan pengguna yang menjadi sasaran kami," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SEDANIA 0.195

Comments

Login to comment.