DKSH Malaysia pengedar rasmi vaksin CanSino

BeritaHarian Wed, Aug 25, 2021 01:08pm - 4 years View Original


KUALA LUMPUR: DKSH Malaysia dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pengedar rasmi vaksin CanSino di seluruh negara.

Berdasarkan perjanjian kontrak, DKSH Malaysia akan menyimpan dan menyedarkan vaksin CanSino ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia yang ditetapkan on KKM.

Vaksin CanSino terbabit akan disimpan di pusat pengedaran penjagaan kesihatan DKSH Malaysia di Shah Alam yang diperakui oleh standard ISO.

Pusat pengedaran itu juga mempunyai kemudahan penyejuk beku yang sesuai untuk menyimpan vaksin dan ubat-ubatan memerlukan kawalan suhu sensitif.

Naib Presiden Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan DKSH Malaysia, Gary Chee, berkata syarikat itu adalah rakan kongsi penting dalam sejarah penjagaan kesihatan Malaysia selama hampir satu abad.

"Selama bertahun-tahun, kami telah menyokong penjagaan kesihatan awam dan swasta dalam beberapa projek vaksin.

"Kami menjaga kualiti dan keselamatan produk diletak di bawah jagaan mengikuti standard tinggi serta prosedur yang ketat.

"Dengan kecekapan pengedaran yang terbukti di Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia, kami amat yakin dapat menyediakan perkhidmatan penyejuk beku yang dipercayai, berkualiti dan selamat untuk penghantaran vaksin CanSino," katanya dalam stau kenyataan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.