Serba Dinamik teroka segmen penyelesaian tanpa tunai

BeritaHarian Mon, Oct 25, 2021 01:25pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd bakal mengembangkan portfolio perniagaannya dalam teknologi baru berkaitan penyelesaian tanpa tunai.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, berkata langkah kumpulan itu juga seiring dengan kepelbagaian dari bergantung kepada industri gas dan minyak.

Beliau berkata, kumpulan kini sedang menjalin kerjasama dalam penyelesaian tempat letak kenderaan tanpa tunai dengan Majlis Mesyuarat Negeri Melaka di Alor Gajah dan Jasin.

Katanya, langkah itu akan dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuhnya Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd (SDIT) yang telah membangunkan dan mengurus Qwik Pay, sistem pembayaran tanpa tiket dan tanpa tunai terkini.

"Sistem Qwik Pay akan dapat menangani banyak masalah yang dialami oleh pengguna akhir dan pengendali tempat letak kereta seperti beratur panjang, kos penyelenggaraan mesin berbayar yang tinggi dan penolakan nota tunai.

"Sistem ini sangat moden kerana memudahkan pelaporan 'dashboard' dan transaksi masa nyata. Ia akan berfungsi dengan mengeluarkan kod QR kepada pengguna untuk membuat pembayaran dalam beberapa saat, sehingga menjadikan wang tunai sebagai sesuatu yang bukan keperluan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Abdul Karim berkata, selain itu, penyelesaian kumpulan itu membolehkan pengguna membayar untuk meletak kenderaan, pengangkutan dan membeli-belah.

Beliau berkata, Qwik Pay QR diintegrasikan dengan sistem parkir semasa menyediakan transaksi tanpa henti antara pemandu, destinasi dan pembelian.

Katanya, dari perspektif pelanggan, Qwick Pay adalah penyelesaian tempat letak kenderaan pintar yang dapat mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja, tanpa kos pemasangan atau penyelenggaraan.

"Serba Dinamik gembira dengan kerjasama dengan Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan mengharapkan lebih banyak yang dilakukan dari segi pemantauan dan pemakaian perlesenan perniagaan," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SERBADK 0.020

Comments

Login to comment.