MR DIY buka cawangan ke-800 di Pavilion Bukit Jalil

BeritaHarian Wed, Jan 26, 2022 08:45pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Peruncit kelengkapan rumah, MR DIY Group (M) Bhd membuka cawangan ke-800 di Pavilion Bukit Jalil, pusat tumpuan komuniti terbaharu di Bukit Jalil pada 3 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata cawangan terkini itu merangkumi kawasan kira-kira 18,000 kaki persegi dan menampilkan sekitar 18,000 produk terdiri daripada lima kategori utama termasuk perkakas, perhiasan dan isi rumah, elektrik, alat tulis serta peralatan sukan.

Selain itu, kumpulan berkata cawangan itu turut menampilkan cawangan di dalam cawangan MR TOY, menawarkan permainan 'Sentiasa Harga Rendah, Sentiasa Menyeronokkan' kepada pelanggan.

MR DIY akan meraikan pembukaan cawangan itu dengan pelbagai aktiviti dan promosi dari 28 hingga 30 Januari ini.

"Kejayaan kami dan pencapaian ini semuanya disebabkan sokongan berterusan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan, selain kira-kira 11,000 kakitangan di seluruh negara.

"Kami akan terus berusaha keras membawakan 'Harga Sentiasa Rendah' dalam kaedah baharu dan menarik," kata Ketua Pemasaran MR DIY, Alex Goh.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MRDIY 1.800

Comments

Login to comment.