LTKM jual enam anak syarikat pada harga RM158.83 juta

BeritaHarian Mon, Sep 26, 2022 09:39pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Pengeluar telur ayam, LTKM Bhd memeterai perjanjian jual dan beli untuk melupuskan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam enam syarikat kepada Ladang Ternakan Kelang Sdn Bhd (LTKSB) pada harga RM158.83 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata perjanjian yang dimeterai hari ini membabitkan penjualan LTK (Melaka) Sdn Bhd bernilai RM100 juta, LTK Omega Plus Sdn Bhd bernilai RM13.73 juta, LTK Feeds Sdn Bhd bernilai RM4.1 juta, LTK Properties Sdn Bhd bernilai RM16.1 juta, LTK Development Sdn Bhd bernilai RM19.1 juta dan Lumi Jaya Sdn Bhd bernilai RM5.5 juta.

LTKSB dimiliki oleh Pengerusi Eksekutif LTKM, Datuk Tan Kok dan isteri, Datin Lim Hooi Tin, yang juga pengarah LTKM.

Pada April 2022, syarikat itu mengemukakan cadangan untuk melupuskan perniagaan pengeluaran telur ayam sedia ada untuk menjadi penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik.

LTKM berkata, ia akan membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Local Assembly Sdn Bhd, yang mengeluarkan komponen elektronik, elektrik dan plastik acuan, pada harga RM336 juta, yang akan diselesaikan dengan tunai RM100 juta serta terbitan 393.33 juta saham baharu LTKM pada harga 60 sen sesaham.

Syarikat itu turut mengemukakan cadangan untuk melaksanakan dividen khas bersama pembayaran semula modal sebanyak RM1.11 bagi setiap saham biasa dalam LTKM.

Pada penutup hari ini, harga saham LTKM susut satu sen kepada RM1.32 dengan 33,900 saham bertukaran tangan.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
LTKM 1.530

Comments

Login to comment.