Keuntungan bersih SCGM melonjak kepada RM295.14 juta

BeritaHarian Wed, Dec 28, 2022 08:20pm - 3 years View Original


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih SCGM Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Oktober 2022 melonjak kepada RM295.14 juta daripada RM7.83 juta setahun lalu berikutan pelupusan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam Lee Soon Seng Plastic Industries Sdn Bhd (LSSPI).

Syarikat penyedia penyelesaian pembungkusan plastik itu berkata, hasil bagaimanapun susut 70.4 peratus kepada RM21.49 juta daripada RM72.54 juta sebelum ini disebabkan hasil suku itu hanya merangkumi tempoh sebulan sehingga tarikh pelupusan LSSPI.

Ia berkata, LSSPI tidak lagi menjadi anak syarikat SCGM pada 31 Ogos 2022.

"Bagi separuh pertama tahun kewangan 2023, hasil susut 35.4 peratus kepada RM91.58 juta daripada RM141.84 juta disebabkan perkara yang sama seperti dinyatakan di atas," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai prospek masa depan, SCGM berkata ia akan melaksanakan proses yang diperlukan untuk mengenal pasti dan memperoleh perniagaan atau aset baharu yang sesuai untuk menyelaraskan keadaan syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 12 bulan dari masa ia dimaklumkan oleh Bursa Securities pada 2 September 2022 iaitu ia adalah 'Syarikat Tunai' menurut Perenggan 8.03(1) Keperluan Penyenaraian setelah selesai pelupusan.

"Dalam hal ini, syarikat mesti mematuhi peruntukan dan keperluan dalam Perenggan 8.03 dan Nota Amalan 16 mengenai Keperluan Penyenaraian," katanya.

Ia berkata, syarikat itu mempunyai lebih kurang lapan bulan untuk menyerahkan cadangannya kepada Bursa Securities untuk kelulusan.

"Sebarang perkembangan dalam hal ini akan diumumkan kepada Bursa Securities dalam masa terdekat," tambahnya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
SCGM 0.495

Comments

Login to comment.