Azhar Harun dilantik jadi pengarah Country View

BeritaHarian Mon, Mar 13, 2023 10:30pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Country View Bhd melantik bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sebagai pengarah bebas bukan eksekutif, demikian menurut pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Azhar adalah Speaker Dewan Rakyat dari 2020 hingga 2022, dan bersara selepas Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen sekarang.

Sementara itu, Country View mencatatkan keuntungan bersih RM1 juta bagi suku keempat berakhir 30 November 2022 berbanding RM727,000 pada suku sama tahun sebelumnya, dengan pendapatan meningkat kepada RM24.67 juta pada suku dikaji, berbanding RM8.85 juta suku sama 2021.

Keuntungan dan pendapatan yang lebih tinggi itu diraih daripada perniagaan pembangunan hartanah.

Bagi tahun kewangan penuh 2022, keuntungan bersih syarikat itu bagaimanapun merosot 54 peratus kepada RM3.04 juta, berbanding RM6.61 juta setahun sebelumnya, berbanding peningkatan yang meningkat kepada RM81.32 juta berbanding RM68.13 juta.

"Kumpulan akan terus memantau perkembangan global dan tempatan dengan rapat untuk kekal proaktif serta berjaga-jaga untuk mengimbangi sebarang potensi impak kepada perniagaan," kata syarikat itu.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.630
CVIEW 1.490

Comments

Login to comment.