Jasa Kita jual tanah RM43 juta di Kuala Lumpur

BeritaHarian Thu, Oct 05, 2023 09:48pm - 7 months View Original


KUALA LUMPUR: Jasa Kita Bhd (JKB) menjual sebidang tanah berkeluasan 1.43 hektar di ibu negara kepada anak syarikat FCW Holdings Bhd, Urban Reach Sdn Bhd berharga RM43.08 juta.

Pengedar alat dan kelengkapan perindustrian itu berkata, penjualan tanah milik anak syarikat milik penuhnya, JKB Development Sdn Bhd, memberi peluang kepada kumpulan JKB memanfaatkan potensi nilai pelaburannya terhadap tanah itu dengan penilaian baik serta menjana keuntungan aset bukan terasnya.

"Kumpulan JKB dijangka mencatatkan keuntungan bersih daripada penjualan itu kira-kira RM37.54 juta," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut JKB, keputusan untuk menjual tanah di Jalan Usahawan 5 itu, adalah langkah strategik yang sejajar dengan objektif semasa kumpulan dan rancangan perniagaan untuk menumpukan kepada perdagangan serta pengedaran alat dan kelengkapan perindustrian.

Daripada hasil kasar berjumlah RM43.08 juta, JKB bercadang menggunakan RM4.5 juta untuk dividen interim khas, RM37.18 juta untuk membeli perniagaan/aset baharu yang akan ditentukan, dan RM1.4 juta bagi anggaran perbelanjaan berkaitan cadangan penjualan itu.

Dalam makluman berasingan dengan bursa, FCW berkata cadangan pembelian itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan untuk mengembangkan perniagaan pembangunan hartanahnya dengan membeli simpanan tanah tambahan untuk pembangunan pada masa depan.

"Cadangan pembelian ini yang dijangka selesai menjelang suku kedua 2024, dijangka menjadi kaedah kukuh kepada kumpulan FCW untuk memperkuat perniagaan pembangunan hartanahnya," katanya.

Menurut syarikat itu, pihaknya bercadang untuk melaksanakan pembangunan bercampur di tanah itu, yang merangkumi hartanah kediaman dan komersial.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
FCW 1.020
JASKITA 0.150

Comments

Login to comment.