YTL REIT beli Hotel Syeun di Ipoh pada harga RM55 juta

BeritaHarian Wed, Feb 07, 2024 07:39pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: YTL Hospitality REIT (YTL REIT) memeterai perjanjian jual dan beli bersama Syeun Hotel Bhd bagi mengambil alih Hotel Syeun di Ipoh, Perak bagi pertimbangan tunai RM55 juta.

Hartanah yang akan diambil alih terdiri daripada sebidang tanah pegangan pajakan dan bangunan hotel yang dibina bersama dengan asetnya, iaitu bangunan 13 tingkat dengan 290 bilik dikategorikan sebagai hotel empat bintang.

Cadangan pengambilalihan itu adalah sejajar dengan objektif pelaburan YTL REIT untuk meneruskan strategi membeli dan melabur hartanah hospitaliti berkualiti tinggi di Malaysia serta peringkat antarabangsa.

"Ia juga bagi menyediakan agihan pendapatan mampan dan jangka panjang kepada pemegang unit serta mencapai pertumbuhan jangka panjang dari nilai aset bersih seunit.

"Hartanah itu terletak di pusat bandar Ipoh yang akan memperkukuhkan portfolio YTL REIT di Malaysia dengan lokasi yang strategik," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu berkata, hartanah berkenaan akan diubah suai dan bercadang untuk dibuka semula di bawah jenama AC Hotels by Marriott.

"Lembaga pengarah percaya ia akan membina nilai untuk YTL REIT. Hartanah itu akan dipajak di bawah pengaturan sewa boleh ubah yang mana YTL REIT akan terbabit dengan pendapatan yang akan dijana daripada hartanah ini.

"Berikutan lokasi dan akses yang strategik, lembaga pengarah percaya prospek hartanah ini adalah positif yang dijangka memberikan aliran pendapatan meningkat daripada pajakan di bawah pengaturan sewa boleh ubah serta meningkatkan prestasi YTL REIT dan anak-anak syarikatnya.

Cadangan pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan boleh agih masa hadapan dan pengagihan seunit YTL REIT sebagai saja tempoh pajakan hartanah bermula pada masa yang sesuai apabila ubah suai itu siap.

"Jika tiada perkara luar biasa, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada separuh pertama 2024," tambahnya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
YTLREIT 1.190

Comments

Login to comment.